Perjalanan yang entah tujunya ke
mana semakin lama semakin perlahan. Semakin lama semakin jauh dari landasannya.
Di manakah perhentiannya? Di manakah akhirnya? Kenapa semua yang terjadi tidak
seperti yang dijangkakan? Tetapi langkah ini masih ku teruskan. Manalah tahu
nanti akan ada yang menghentikannya. Mungkin,itu yang dinamakan takdir. Ataupun
jodoh?
Takdir atau jodoh?
***
Sedang Orkid sibuk menyiapkan
laporan tahunannya,tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar menandakan ada satu
pesanan ringkas masuk. Hmm,siapa yang berani kacau aku buat kerja
ni? Cari gaduh betullah.
Assalammualaikum Orkid :).
Itulah yang tertera di skrin
telefon bimbitnya. Dilihat nama pengirimnya,lantas senyum mula terukir.
Waalaikummussalam Hakim. Iya,ada
apa ni? Kacau je orang buat kerja.
Balasnya sambil senyum yang masih
menguntum. Haiii,mana mungkin aku nak marah Hakim ni. Kihkihkih. Gelaknya
sendiri. Tidak sampai beberapa minit kemudian,telefon bimbitnya bergetar lagi.
Pantas jemarinya melihat mesej yang tertera.
Okeylah,tak kacau dah. By the
way,petang ni free? Ingatkan nak jumpa. Please ;)
Eh! Ngada-ngada pula dia ni. Jam
di tangan dilihat. Baru pukul 3 petang,ada 2 jam lagi untuk dia menyiapkan
laporannya sebelum dihantar kepada bosnya.
Okey,pukul 6 kat Cafe Dhia’ okey?
Take care.
Thanks my dear. See you later ya.
You too,please take care.
Petang itu,tak semena-mena
semangat menyiapkan laporan berkobar-kobar. Detik jam 6 petang itu,terasa
lambat. Tepat jam 5,Orkid mula beredar dari pejabatnya. Dia harus singgah di
masjid untuk menunaikan solat asarnya dan terus ke Cafe Dhia’ seperti yang
dijanjikan dengan Hakim. Hatinya mula berbunga tetapi dalam hatinya sayu mula
menyelubungi. Dia tahu apa yang akan terjadi petang ini. Entah kenapa hatinya
memberontak,tapi digagahkan sahaja.
***
Dari jauh,terlihat bayang Hakim.
Jam di tangan dilihat. Eh! Masih ada 10 minit,awalnya mamat ni
sampai. Mesti curi tulang ni. Orkid membuat andaian sendiri,dalam masa
yang sama terasa bersalah pula menuduh yang bukan-bukan tentang Hakim.
“Assalammualaikum En.Hakim. Awal
hari ni? Selalunya naik berjanggut saya menunggu baru awak sampai” sambil
menarik kerusi di hadapan Hakim
“Waalaikummussalam. Saja datang
awal. Jaga reputasi” balasnya sambil tersenyum kecil. Seketika itu,waiter datang mengambil pesanan dan berlalu
pergi. Mereka berbual,bergelak ketawa dan kadang-kadang bergaduh kecil
menegakkan pendapat masing-masing sehinggalah pesanan minuman sampai.
“Haaa,sampai pun. Penatkan gaduh?
Minumlah dulu ya,saya belanja harini,”kata Hakim kepada Orkid. Dua-dua tertawa
riang.
“Hmm,kenapa Hakim nak jumpa Orkid
ni? Apa yang penting sangat ni?”tanya Orkid sambil menghirup jus tembikai yang
dipesannya.
“Orkid tahukan apa yang tengah
berlaku pada Hakim sekarang ni?”,tanya Hakim. Pertanyaan Hakim hanya dibalas
dengan anggukkan Orkid. Mana mungkin aku tak tahu. Mana mungkin
aku tak tahu bilamana orang yang aku sayang,bakal disatukan dengan orang lain.
Mana mungkin aku tak tahu Hakim! Jeritnya sekadar di dalam hati. Hatinya
terus berdebar dengan apa yang bakal Hakim katakan sebentar lagi. Suasana bisu.
“Hakim dah buat keputusan. Hakim
akan turutkan apa yang ibu mahukan. Hakim....”
“Baguslah. Tahniah!” pintas Orkid
sambil memberikan senyuman. Dia sendiri tidak tahu apa makna senyuman itu. Pedulilah!
“Hakim tak habis cakap lagi
Orkid. Dengar ni,Hakim harap Orkid faham keadaan Hakim. Hakim tersekat,antara
orang-orang yang Hakim sayang. Ibu,Hakim sayang. Orkid pun Hakim sayang,”suara
yang tadinya nampak tampan kini mula kendur. Sebak mungkin. Orkid hanya
membatukan diri. Tidak mampu berkata apa-apa. Hanya digagahkan hati.
“Walaupun,Hakim terpaksa terima
pilihan ibu,tak bermakna Hakim tak sayang Orkid. Hakim sayang. Cuma....”
“Hakim,look! Even ini bukan
seperti yang kita inginkan,Orkid okey. Ala,pilihan ibu tu cun jugak. Confirm
nanti Hakim boleh sayang dia. Kalau Hakim nak tahu,sebelum Hakim tahu pilihan
ibu tu,ibu dah bawa Orkid jumpa dia. Not bad,”balas Orkid sambil ketawa kecil.
“Boleh tak Orkid jangan berlakon?
Boleh tak jangan acah-acah gagah kuat?”
“Hakim,kalau Orkid tak kuat
sekarang,bila lagi Orkid nak kuat? Kuat tak kuat itu diri Orkid. Hakim,Orkid
selama ni hormat hubungan kita. Ya,Orkid tahu Hakim sayang Orkid. Orkid pun
sayang Hakim. Sampai suatu masa,bila ibu mula minta pendapat Orkid tentang
pertunangan Hakim,Orkid masih hormat hubungan kita.Tapi mungkin,takdir dah
tertulis yang sayang kita sayang sebagai kawan. Just releks,okey?” dalam sendu
Orkid gagah untuk berkata-kata.
“Hakim minta maaf Orkid. Hakim
tak ada niat nak sakitkan hati Orkid. Kalau Orkid sakit,Hakim pun terasa
sakitnya. Hakim sayang Orkid,”. Ada sedu dihujung katanya. Ya Hakim! Aku pun sayang kau.
“Hmm,okeylah Hakim. Apa pun,Orkid
sentiasa doakan yang terbaik untuk kehidupan Hakim. Kita masih kawan. Seperti
dulu dan selamanya,kawan. Okey? Hmm,okeylah Hakim. Orkid balik dulu. Maghrib
pun tak lama lagi ni. Jaga diri Hakim,”sambil menguntumkan senyuman,Orkid
melintasi Hakim di sebelahnya. Tiba-tiba terasa ada tangan yang menahan dirinya
dari terus berlalu pergi.
“Jangan pergi. Tolong,jangan
pergi Orkid” kata Hakim yang berdiri disampingnya sambil mengenggam lengan
Orkid. Orkid diam seribu bahasa. Hatinya celaru. Sebak!
“If you go,it’s over between us,”katanya
lagi. Terpana dek kata-kata Hakim,matanya terus menatap mata Hakim meminta
kepastian. Baiklah,aku akan pergi Hakim. Aku akan pergi. Tangan Hakim yang
berpaut di lengan Orkid diminta lepas. Langkah kaki Orkid diteruskan juga.
Tinggallah Hakim bersendiri. Masing-masing keliru dengan situasi yang baru
sahaja berlaku. Akhirnya,dalam ketampanan Hakim,gugur juga permata jernih. Jangan
pergi Orkid. Rintihnya di dalam hati. Semakin lama,bayang
Orkid ditelan dek keramaian manusia di sisi-sisi barisan kedai.
Maafkan aku Hakim. Bukan aku
sengaja melangkah pergi. Aku terpaksa pergi,terpaksa Hakim,bisik Orkid
didalam hati sambil mengesat airmata yang mula berjujuran. Orang sekeliling
tidak dipedulikan. Pantas kakinya melangkah menuju ke keretanya. Kalau mahu
diikutkan,kakinya mula lemah longlai,tak berdaya dengan situasi yang baru
terjadi. Tapi digagahkan juga sehingga ke keretanya. Di dalam keretanya,semakin
lebat airmata mengalir. Telefon bimbit yang menjerit meminta untuk
diangkat,tidak dipedulikan. Dia tahu panggilan itu dari Hakim. Enjin kereta
dihidupkan dan terus berlalu pergi meninggalkan kenangan pahit yang baru
tercipta.
Selamat tinggal sayang,Hakim. Semoga
bahagia,doaku.
***BERSAMBUNG**
No comments:
Post a Comment