Assalammualaikum buat semua reader's. Hye Oyen! Tahu lepas ni confirm dia baca. Sibuklah tewwww. Kehkehkeh. Oh ya,sila jangan usha Oyen,dia dah ada awek-wanna-be-wife. Kehkehkeh. Jatuhkan saham? Suka,suka,suka. So,macam mana hari ni? Okey semuanya? Hari ni,tak buat apa. Kononnya kan semalam kecoh kat tweet nak buat portugis tart,tapi tak jadi sebab kakak dah beli donut big apple,mak kata tunggu donut habis baru boleh buat. Kalau tak membazir nanti. Baiklah mak.
Lepas dah siap masak semua. Ala,masak senang je. Masak sardin,sebabnya kat rumah tinggal Dhia,mak dan ayah. Ayah pula sibuk buat report,esok akan outstation lagi. So,masak ringkas je. Ayah nak makan sardin,masak sardin. Tak payah rajin nak masak lain. Mihmihmih. Lepas tu rehat gelak guling-guling tengok Running Man. Mihmihmih.
Dah baca dah? Ok,malas nak hurai banyak-banyak. By the way,hari ini merupakan hari rasmi keputusan final paper for my final sem keluar. So,debaran dia lain macam. Sampaikan nak masuk SMAP pun macam harooooom kena banyak kali masukkan password. Kan? Harus sakit hati. Ok,dah check semua. Tiada kata lain,Alhamdulillah Syukur sangat-sangat. Sekurang-kurangnya mampu membanggakan mak ayah. Terima kasih atas berkat doa semua. Terima kasih sangat-sangat.
SEM 1 GPA 2.99 CPA 2.99
SEM 2 GPA 3.46 CPA 3.24
SEM 3 GPA 3.99 CPA 3.70
SEM 4 GPA 3.75 CPA 3.80
Ok,tujuan Dhia publish semua pointer bukan nak membangga atau apa. Ada apa dengan keputusan? Tak ada apa,dan tak bagi kesan apa-apa. Cuma apa yang Dhia nak tunjuk kat sini,usaha. Dhia pernah ada saat jatuh bangun. Dhia ada kisah pahit maung dalam study. Iya,Dhia mengaku Dhia tak pandai. Tak cerdik. Tapi mungkin rezeki tu Allah nak bagi, Dhia terima. Sebab tu Dhia kongsi rezeki Dhia dengan orang-orang yang sentiasa ada dengan Dhia. Dhia tahu,tanpa doa-doa mereka Dhia tak ada pencapaian macam ini. Ribuan terima kasih. Terima kasih juga yang menjatuhkan Dhia. Ya,Dhia putus cinta masa sem last. Ok,semangat memang tak ada. Sampaikan Dhia chat dengan Fyda,mengadu Dhia tak ada semangat nak belajar Dhia menangis teresak-esak. Dhia rindu semangat Dhia. Secara jujurnya,Dhia sem last,adalah sem yang teruk bagi Dhia. Banyak sangat dugaan. Dan Fyda,kawan baik Dhia sendiri perasan perubahan Dhia. Tapi syukur sebab ada keluarga yang bagi sokongan,kawan-kawan yang membantu. Terima kasih *menangis. Buat apa Dhia meratap,menangis pasal seseorang yang tak hargai Dhia. Betul tak? Lebih baik Dhia fikir harapan keluarga lebih-lebih harapan mak ayah. Itu yang terbaik. That why semangat Dhia naik.
Dhia pernah gagal. Siapa kata Dhia tak repeat paper? Keputusan Dhia okey,cuma Dhia tambah baik 2 kertas. Mathematics Engineering dan Geoteknik. Dhia tambah baik sebab Dhia taknak ayah mak tengok keputusan tu mencacatkan keputusan Dhia. Taknak. Dan syukur Alhamdulillah,Dhia mampu tersenyum dengan keputusan sekarang. Alhamdulillah ;'). So,nikmat mana lagi yang Dhia nak nafikan?
Dhia tak minta ganjaran untuk kejayaan Dhia. Sebab mereka,keluarga lagi banyak berkorban untuk Dhia. Tapi terima kasih pada Sis Didah atas bunga dan kek SR. Ayuhlah makan dengan makayah semua. Kihkihkih. Suka sangat bila mak ayah senyum meleret makan kek ni. Kihkih. Sayang semua. Sayang mak,ayah, kak dila, kak didah, mierul. Sayang sangat-sangat. Kihkih. Syukur,Alhamdulillah ada keluarga macam ni. So,nikmat mana lagi yang Dhia nak nafikan?
So,conclusionnya, berterima kasihlah pada setiap manusia di muka bumi ini. Tak susah pun,terima kasih. Sekali lagi,Dhia nak ucapkan terima kasih amat-amat buat warga UTHM. Iyalah,terima kasih pada yang jumpa kad matrik Dhia,seminggu nak final,hilang. Uhukuhuk. Lecturer, yang mengadap Dhia setiap masa,yang buat muka bosan tak sudah-sudah, yang asyik tersenguk-sengguk mengantuk,yang tak habis-habis minta balik awal sebab lapar dan macam-macam lagilah. Kihkihkih. Warga DAA yang terpaksa mengadap Dhia yang katanya sombong,Dhia yang kononnya pendiam dan lain-lain lagilah, kawan-kawan yang pernah sekelas dan akhir sekali kepada keluarga yang men'support' anakmu/adikmu ini belajar,Kak Mira yang terpaksa bawa balik Dhia tiap-tiap minggu,belanja makan, basuh baju dan bermacam-macam lagi. Terima sangat-sangat. Sayang semuanya!
Lot's of love,
Dhia.
pointer semakin naik. tahniah :)
ReplyDeleteTerima kasih Ammelia! ;) Rezeki,Alhamdulillah. Last sem je tergelincir, killer paper betul2 killer. Mihmih
ReplyDelete