The ring
11 tahun
yang lepas.
Emak dan ayah membawa anak-anaknya ke
kedai menjual emas. Aku kira masa tu umur aku 11 tahun nak berginjak ke 12
tahun. Hati gembira. Seingat aku,emak membelikan cincin ni di Perling
Mall,Johor Bahru. Aku ingat lagi masa tu. Eh! Ke kat Angsana? Tak! Aku yakin
kat Perling Mall. Kehkeh. Bajet otak dulu boleh imbas kenangan dulu. Tapi macam
yakinlah. Ok,abaikan.
03.09.2012
Pagi-pagi dah bangun ke bengkel bata. Main
simen bagai. Eh! Sakit pula jari kena simen semua. Ok,tanggalkan masuk kat
dalam kocek jaket. Haa! Ingat lagi. Kocek belah kiri jaket. Iya! Pasti sangat.
^^. Balik je dari bengkel. Lipat jaket nak basuh. Tiba-tiba,
"Anis,hantar baju pergi dobi
tak?"
"Hantar. Kenapa?". Tahu tak mata
time tu dah bersinar-sinar dah. Bling! Sebabnya nak basuh sendiri,guna
tangan,perah manual pula tu kan. Mahu patah tangan kan? Kehkehkeh. Nampak tak
alasan tipu? Tak pernah pula dengar atau masuk berita tangan patah kerana perah
baju. Tipu! Tipu! Kalau baju lain tu memang basuh tanganlah. Tapi kalau jaket
dengan seluar jeans. Alamak! Ok,dah mengarut.
"Nad nak tumpang jaket dengan jeans
boleh?" Sopan gila suara. Nak tumpang punya pasal.
"Boleh" jawab Anis. Gembiranya
hati bukan main lagi. Kehkehkeh.
Done!
05.09.2012
Kelas geoteknik malam itu,masih sepi.
Ramai yang tak datang lagi. Tiba-tiba..
"Eh! Mana cincin?"berbisik
kecil. Alamak! Dalam jaket,jaket pula kat dobi. Memang selamatlah! Emassssss
=.='. Cari handphone,call Anis.
"Anis,tengok kat kocek jaket nad
belah kiri ada cincin tak?" Gelabah habis ok. Dah fikir macam-macam
dah.
"Tak adalah Nad". Apa?? Nak
menangis,tapi cover. Pening!
11.09.2012
"Nah". Kata Anis sambil
menghulurkan sesuatu. Yeahhhh! Cincin. ^^ Bersinar-sinar mata.
"Akak tu kata apa Anis?",saja
tanya tak sabar. Gelojoh!
"Akak tu ingatkan cincin baby. Nasib
dia tak buang."
"Haa? cincin baby?". Gelak besar
aku. Kehkehkeh
Walaupun akak tu sangka cincin ni cincin
mainan,bukan emas. Cincin baby,walaupun yang memakainya umurnya hampir ke 23
tahun. Terima kasih banyak-banyak akak dobi! Akak dah selamatkan nyawa saya.
Tak keruan cincin hilang seminggu. Tapi hati berkata "Yakin ada".
Wahhh! Nangis. Kehkehkeh T.T
Dear ring,
Aku sayang kau. Kau seorang yang setia
dengan aku selama hampir 11 tahun. Terima kasih susah senang kau tetap bersama
di jari baby aku ni. Kehkehkeh. Maaf,lupa akan kewujudan kau selama kehilangan.
Tak,tak ada niat nak hilangkan kau. Wahhh! Aku sayang kau. Tak akan mampu
cincin lain yang menggantikannya walaupun mak cakap "Kak iqa,tukarlah
cincin tu dengan cincin yang lagi satu". No way. Kehkehkeh. Kau akan
terganti bilamana ada seorang insan,Adam yang mampu setia dengan aku sesetia
kau. Susah senang bersama. Sayangkan aku seorang. Siapa ya? =.=' Bilamana dia
berjanji akan setia dengan aku,akan terletak lah cincin lain di jari baby aku
ni. Kau,akan tetap aku kenang. Ewahhh! Bicara macam dah tak lama lagi akan
berganti. Tak! Tak! Lama lagi. ^^. Lot's of love,dear ring!
Hi! Saya follower baru awak. Nice blog,serious :)
ReplyDeleteKeep it up, would love to read it :)
Thabks didiey ;)
ReplyDelete