Pages

Lepaskan.

Sedang waktu terus berlalu. ada satu perkara yang masih tidak berganjak dari tempatnya. kenangan. iya! kenangan itu. mana mungkin kenangan itu hilang. mungkin yang sakitnya hati. pedihnya perasaan tapi mana boleh lawan kalau kenangan yang pernah tercipta itu dicipta untuk dikongsi. haruskah di kongsi. 

kisah pelangi, satu-satunya kisah yang tiada siapa tahu. hanya kau dan aku. tapi kisah itu sudah bukan milik ekslusif untuk diri aku seorang. aku tak tahu permainan apa lagi yang akan dimainkan. aku tak tahu cerita apa yang akan diwayangkan kepada aku. aku juga tak tahu isi hati kau yang sebenarnya. 

tapi, kalau kau nak buat aku sakit. ya! memang aku sakit. tapi kalau kau nak buat aku benci pada diri kau. tidak, manakan aku mahu membenci orang yang pernah ada saat aku jatuh. aku tak mudah lupa jasa kau,kawan! aku tak akan pernah lupa. kau pergi dan hilang dulu untuk wujudkan benci dalam hati aku. kau silap kawan. tak ada sekelumit benci pada kau. tenang ada,setelah memaafkan kau. tahniah! kau dah berjaya buat aku sakit. tapi aku mohon sekali ini sahaja. kalau kau nak wujudkan sekali lagi sakit itu, aku mohon kau pergi jauh. pergi jauh hingga aku tak mampu nak melihat kau lagi. hidup aku terlalu singkat untuk rasa kesakitan yang kau cipta. 

terima kasih datang memberi penjelasan. terima kasih sekurang-kurangnya mampu menenangkan hati aku. terima kasih dalam tempoh yang kecil itu. aku hargai. kawan, jaga diri. jaga hati. dan jaga kisah pelangi itu sebaik yang mungkin. aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau. kalau kau bahagia aku turut tumpang bahagianya. masa depan kita, kita tak tahu macam mana. cukuplah kalau aku kata, aku tak mampu mahu berjanji selalu ada untuk kau, tapi aku janji doa aku akan sentiasa iringi hidup kau. aku tak mampu mahu janji tentang soal hati lagi. manusia, mudah lupa. apakan jadi kita tak menduga. cukuplah kalau aku kata, biar jodoh yang mendekatkan kita. 

kau,jaga diri. apapun dan segalanya,jaga diri capital I.Z


Lot's of love,
Dhia Afiqah.

No comments:

Post a Comment