Pages

Old Town White Coffee Hazelnut

Kau nak tunjuk kau rajin study ke apa ni? Sampai makan nasi pun tak sempatkan? TAK! TAK! Bukan.  Bukan malas. Sebenarnya,Kolej Tun Fatimah ni blok C & D dah ada kaum Adam. Maka dengan ini, saya dengan berat hati nak turun ke cafe bawah. Ramai sangat lelaki. Kalau pergi pun,tak nak pakai speck. Biar kabur semuanya. Idea yang baik, sekurang-kurangnya boleh jaga mata dari pandang kaum-kaum Adam yang kacak-kacak,nice tu. Takmoh! Jaga pandangan please.

Ya. Itu buku code BS untuk subjek Design. Cover kuning lagi. Sampai sudu kacau air pun kau nak kuning. ^^ Sweet sangat rasa. Kehkehkeh. 

Rasanya sejak sem lepas,habis sem lepas. Tak sentuh lagi Old Town White Coffee Hazelnut ni. Tapi macam dah jadi habit pula,bila hampir  ke peperiksaam akhir a.k.a final paper,aku grab benda ni masuk dalam troli. Btw,ni baki yang sem lepas punya. Ada 3 pek lagi. Kihkih. Minggu ni balik kene merengek kat mak nak beli bendaalah ni. Ubat tahan mata. Kuikuikui. Roti pun baru 2 kali beli sejak masuk sem ni. Haha! Tiba-tiba suka roti bila masuk zon merah (bulan final)

Dekat lagi gambarannya. Kau ni dasar lifeless kan? Kehkehkeh! Tak apalah. Bila dah bosan-bosan nanti bacalah balik. Lepas tu terdetik dalam hati 'Benda ni pun nak publish.' Kahkahkah! Kan? Ok,petang-petang macam ni aku mengidam nak pisang goreng. Arghhh! Sedapnya. Nadzirah! Sila study. Please, kalau tak design tu melayang-layang je. ^^ Haa, lagi satu kalau ada sesiapa tanya aku resepi macam mana nak buat dua benda kat atas ni aku sepuk-sepuk dia. Roti kalau nak tahu resepinya jumpa Uncle Slocumm ok. Kehkehkeh ~.~

Doakan saya ya! Moga dipermudahkan segalanya. dan segala-galanyalah. Kehkehkeh



Lot's of love,
Dhia Afiqah. 

No comments:

Post a Comment