Pages

Tolong,jaga dia.



Bau segelas Hot Chocolate Classis,mengiurkan seleranya. Lantas cawan itu dibawa perlahan-lahan menyinggah ke bibir manisnya. nikmat yang tak terkata dek panasnya,dan hangatnya. Baunya sahaja cukup membuat seleranya ghairah. Diperhati satu-persatu manusia yang lalu lintas dihadapannya. Begitulah dia. Memerhati,menajamkan otak berfikir dan meligatkan anak mata menjamah ragam-ragam manusia sekarang.

Sedar tak sedar masa terus berlalu. menghanyutkan dia dalam angan-angan yang tidak sudah. membiarkannya dalam fikiran yang telah sedia terawang-awang. Baginya,itu satu kepuasan baginya. dirinya hanya tersentak apabila kerusi dihadapannya ditarik keras. 

'Apa kes pula ni?,'rungut hatinya. ditenung dalam-dalam insan dihadapannya. Sejuk seluruh badan. kelu lidah tidak terkata apatah lagi mahu berbicara. matanya langsung tak terkedip dek renungan tajam si empunya badan dihadapannya. Satu sahaja yang terlintas kini di benaknya, 'aku mimpi atau realiti? Tolong sedarkan aku!'

PAP! Satu ketukan di atas meja sudah mampu mengejutkannya dari lamunan. 

'Awak kenapa? Macam nampak hantu pula. Takkan tak kenal saya kot?'bicaranya.
'Hmm,ingat. Mestilah kenal awak. Awak buat apa kat sini ya?' balasnya sambil menundukkan wajahnya. Ada satu perasaan yang terlintas di benaknya. Sebak!
'Saja. Jalan-jalan. Awak?',tanyanya kembali. 
'Saja juga. Tanpa arah' ringkas sahaja jawapannya. 

Diam. 

'Saya gerak dulu lah ya. Ada benda lagi yang mahu saya selesaikan'. Aku cuba mencari jalan keluar dari terus dikeliling olehnya. Kalau boleh bayangnya langsung tak mahu aku lihat. 
'Awak,duduk dulu. Ada benda yang saya nak cakap,' mendatar suaranya. 
Kerusi ditarik kembali,dan dihanyak oleh ku.hati terus berdebar menanti yang bakal keluar dari mulutnya.
'Saya minta maaf kalau sebelum ni,saya ada terlanjur kata dengan awak. Saya tahu saya banyak salah dengan awak. Saya tahu,saya juga permainkan awak. Maafkan saya,'bicaranya lembut.
'Dah habis?,' tanyaku.
'Selama ni memang saya dah maafkan awak. Tapi hingga detik ini,saya tak harap pun jumpa dengan awak sebab kehadiran awak membuka kembali luka yang telah pulih. Terima kasih atas kata maaf itu. Saya pergi dulu.'

Pantas aku bangun. Perjalanan aku tersekat terhalang dek satu susuk badan yang aku kira ianya seorang perempuan. Ditenungnya aku dengan tajam. Aku kenal wajah itu,dan aku pasti siapa dia.

'Jangan risau. Semuanya sudah berakhir, dua tahun yang lepas lagi sudah tamat'. Tangannya ku genggam memberi kepastian. Dalam sedar tak sedar,perjalanan aku teruskan sambil berbisik 'Tolong,jaga dia'



3 comments: