Bismillah. Salam buat semua reader's. Apa khabar? Semoga baik-baik sahaja ya. Jaga diri baik-baik. Cuaca sekarang tidak menentu. Adakalanya terik sehingga membakar kulit, adakalanya sejuk mencengkam hingga ke tulang. Oh ya,sekarang ni tengah sejuk.hujan. Semoga tak malas ke kelas nanti ^^
***
Terpana aku dengan satu soalan dari teman sebilik.
"Pernah menangis kerana dia?"soalnya.
"Eh,kenapa pulak nak menangis sebab dia?,"mata aku masih sibuk di kaca laptop. Meneruskan pembacaan yang mampu mengukir senyuman di hati. Entah, automatik senyum terukir membacanya.
"Iyalah. sikit pun tak pernah?" soalnya lagi memohon kepastian.
"Tak sayang. Tapi dulu,masa masing-masing senyap. Apa yang terlintas kat hati,rindu. Terlalu rindu untuk bercerita dengannya. Ya,rindu. Bila sekarang kembali normal,aku cuba menjaganya sebaik yang mungkin. Entah! Ok,aku mengarut. Tapi itu yang aku rasa". Senyum.
"Pernah terfikir akan bertemu jodoh dengannya?" soalnya lagi. Arghhh! Kenapa aku rasa,soalan itu seakan menjerat hidup aku. Membuat hati berdebar. Hanya bahu yang mampu aku jongketkan,tanda tidak tahu. Senyum.
"Dia terlalu baik kalau nak dibandingkan dengan aku. Aku tidak sopan,jauh sekali mampu sebaik dia. Aku tak layak. Tak layak untuk berganding dengan dia yang baik. Berkawan dengannya sudah mampu buat aku bersyukur. Satu anugerah yang indah"
Rintih hati aku sendiri. Tak terlontar dengan kata-kata.
***
Tiba-tiba apa yang terlintas di hati aku "kenapa soalan begitu ditanya kepada aku sedangkan aku dengannya hanya berkawan. Tak lebih dan tak kurang" bisik hati aku sendiri. Tapi, aku juga dapat merasakan, hidup aku kembali normal kerananya. Mungkin Allah sedang menduga hati aku lagi. Mungkin Allah mahu lihat sejauh mana aku mampu mengawal batas pergaulan.
"Ya Allah,sesungguhnya aku bersyukur dengan nikmat yang Kau pinjamkan kepadaku. Sesungguhnya aku gembira dengan nikmat ini. Kau kekalkan hati aku, Kau tetapkan hati aku. Kalau benar ianya jodoh aku. Kau dekatkan sehingganya menjadi halal dan diredhai. Kalau ianya bukan milikku, Kau tetapkan hati aku agar tetap mensyukuri nikmat yang telah Kau beri. Sesungguhnya, semua yang Kau punya,hanya pinjaman. Aku redha"
Doaku.
Lot's of love,
Dhia Afiqah ♥
No comments:
Post a Comment