Salam buat semua pembaca. Poyo je Cik Iera ni,konon nak update malam,tak nya. Ni dah nak update dah. Jom kita intai-intai gambar apa yang kat bawah ni ya.
Haa! Nilah lauk yang Cik Iera dan geng house,eh! boleh jekan cakap geng rumah sewa. Sakai lah Cik Iera ni. ^^. Sotong hitam versi Cik Iera. Petang tu,Cik Yana datang ambil sebab baru habis latihan kat Sispa. Tiba-tiba nak pergi pasar malam,apa lagi,jom! Round-round Cik Yana nak masak. Cik Iera on je. jom masak! Lepas tu blur,dua-dua tak tahu nak masak apa. Round-round,eh! Ada sotong. Yeah! Jom masak sotong. Ok,jom intai resepi.
Sotong Hitam Cik Iera
Bahan-bahannya.
- 1kg sotong
- 6 batang cili
- Seulas bawang besar
- seulas bawang putih
- sedikkit halia
- Garam,ajinamoto.
Cara-caranya.
- Bersihkan sotong,dakwat hitamnya jangan buang ya. Buang tulang nya sahaja.
- Potong bawang besar,bawang putih dan halia. Tumis sehingga baik bau. Masukkan cili yang telah di potong dua.
- Masukkan sotong,gaul rata. Haaa! Mesti dah hitamkan? Jangan gabra,biar je. Masukkan garam,ajinamoto.
- Biarkan sehingga masak dan siap untuk dihidangkan.
Nota kaki : Hitam lauk ni guna dakwat sotong original. Tak payah letak kicap. Pekat hitamnya tandanya sotong tu masih segar :)
Selamat mencuba!
Lot's of love,
Cik Iera.
No comments:
Post a Comment