Segala watak serta jalan cerita tiada kena mengena antara
yang masih hidup atau pun sudah meninggalkan dunia. Cerita ini adalah rekaan
semata-mata. Hanya ilusi dan bayangan penulis. Sila hormati segala privasi
penulis. Sekian,terima kasih.
RAMADHAN,KITA
BERTEMU LAGI.
Penulis/Jalan
cerita : Es'Poco.
Sedar tak sedar,Ramadhan kita bertemu lagi. Bulan
yang penuh rahmat serta bulan yang penuh kemuliaan. Alhamdulillah! Masih sempat
untuk kita menjalani ibadah puasa. Mungkin ini adalah puasa yang terakhir bagi
kita. Siapa tahu,kan? Apa yang direncanakan olehNYA tiada siapa yang tahu atau
tiada siapa yang bisa mempertikaikannya.
Ini cerita Ramadhan aku yang penuh dengan suka
duka. Suka kerana bermulanya kisah hidup aku dengan penuh keceriaan dan duka
kerana bagaimana tamatnya Ramadhan,tamat jugalah kisah hidup aku yang penuh
kegembiraan. Tapi! Aku tak salahkan takdir. Mungkin DIA mahukan yang terbaik
untuk kita,hambanya. Satu yang aku pegang dari dulu sampai saat ini,
“ Allah tak akan
memberi apa yang kita mahu,tapi yang pasti DIA akan memberikan sesuatu yang
kita perlu. Bukan kah itu lebih baik? Daripada sesuatu yang kita mahu tapi
semuanya sia-sia?”
Ramadhan
2010.
Perkenalan yang tanpa disengajakan, yang tanpa
diduga mengundang secebis rasa. Secebis rasa yang tiada tandingannya. Entah
bagaimana boleh wujud padahal ianya baru sahaja disemai. Adakah ini yang
dinamakan cinta pandang pertama? Ahh! Tak mungkin.
Rutin hariannya tetap berjalan seperti biasa. Kerja
sepanjang Ramadhan,mencari duit tepi. Mungkin orang fikir kerja sebagai Sales
Promoter kerja senang,tapi kerja ini memerlukan kemahiran ‘mulut manis’. Mana
mungkin akan dapat hasil kalau diam bisu, padahal pelanggan keluar masuk butik
bajunya. Kalau tak ramah,macam mana orang nak percaya dengan perniagaan yang
kita jalankan? Tak gitu usahawan berjaya?
Aku duduk di satu sudut,memerhati pergerakan lautan
manusia yang mula membanjiri Plaza Angsana. Pergerakkan yang tak
terbatas,walaupun pada bulan Ramadhan. Anak-anak kecil dipimpin tangannya
kesana kemari. Warga emas,mula mencari kerusi kosong untuk diduduk. Tidak cukup
dengan kerusi,boleh juga menebeng di sisi tangga. Segalanya boleh bila bulan
Ramadhan. Penat mungkin kesana kemari mencari baju yang dihajati. Aku,senyum.
Bukan senang melihat situasi ini. Setahun sekali. Syukur!
Telefon bimbit berbunyi,menandakan ada pesanan
ringkas masuk. Open!
‘Hari ini awak nak buka apa? Teman saya pergi bazar
ya.’ Pesannya.
‘Macam biasalah,nak makan Puding Kastard. Boleh?
Pergi bazar mana? Saya kan kerja.’ Balasku.
‘Oh macam ni eh kerja zaman sekarang?’Ada satu
suara yang sangat aku kenali. Perlahan-lahan aku menolehkan wajah aku ke arah
suara tadi. ‘Gulpp!’
‘Err,saya rehat sekejap je ni. Ramai sangat
customer tadi. Dari pagi saya jaga sorang. Ni boss take-over jap.’ Terkial-kial aku menjawab.
‘Jom. Pergi bazar,’katanya sambil memandang tepat
kearah aku.
‘Tak naklah,saya kena kerja. Minta maaf,’ kata ku
sambil mengangkat kaki untuk melangkah. Tiba-tiba aku rasa diri aku ditarik
mahu kehadapan,melangkah laju.
‘Kalau tanya awak,memang sibuk. Peduli apa
saya,petang ni,saya culik awak. Pergi bazaar. Jangan degil’ katanya sambil
menarik serta mengenggam tangan aku seiring dengannya. Orang sekeliling tidak
dipedulinya. Makin lama,makin laju rentak kakinya.
‘Lepaskan boleh tangan saya?’ kataku setibanya di
hadapan keretanya.
‘Maaf,’katanya. Sambil berlalu pergi ke arah pintu
pemandu.
‘Tangan macam raksasa. Sakit tahu tangan ni.
Tengok! Merah dah. Huh!,’ rungut ku sambil menjeling tajam ke arahnya yang
tidak berperasaan. Bengkak hati aku dengan perangainya!
Seperti kebiasaanya,bila dalam kereta dua-dua bisu.
Tak terkata. Hanya mata yang berbahasa. Hanya mata yang tersenyum. Setibanya di
bazaar,seperti kebiasaannya. Kedai ayam percik yang dituju, puding kastard
dibungkus. Jalan-jalan sampai pening,sedut semua bau makanan. Manisnya kenangan
itu.
Meja kecil itu sudah dipenuhi dengan juadah untuk
berbuka. Tiada satu kata pun yang terungkap antara kita. Diam. Ah! Aku tak
heran sangat,sebab kau memang macam tu. Tapi yang aku pasti,orang luar kalau
melihatnya,merasainya pasti sangat janggal!
‘Awak tak berbuka dengan keluarga awak ke?,’ aku
mula berbicara sementara menunggu azan berkumandang.
‘Taklah,kan memang hari-hari saya berbuka kat
sini,’katanya sambil tersenyum kearah aku. Aduh! Kau tahu tak aku cair dengan
kau,walaupun kau senyum?
‘Ikhlas ke?,’ sengaja menduganya.
‘Awak tanya saya ikhlas ke tak? Saya tinggalkan
keluarga saya,walaupun Ramadhan yang pertama yang seharusnya semua berbuka
dengan keluarga. Tapi saya datang sini teman awak berbuka. Awak tanya saya
ikhlas ke tak?’ tajam matanya merenung aku. Aku kaget!
‘Awak ni,saya gurau jelah. Saya tahu awak sayang
saya. Kata lain,kesian saya berbuka sorang-sorangkan?,’ Aku cuba bersenda.
‘Tahu pun. Aah! Saya memang kesian kat awak.
Hari-hari berbuka sorang-sorang. Tu yang saya teman tu. Tak faham-faham?’ balasnya
sambil tersenyum sinis. Alhamdulillah! Senyum pun. So,dia tak terasalah tu.
Azan sudah berkumandang. Doa dibaca,juadah mula dijamah. Sambil berborak-borak
kosong,sempat juga kita bergurau senda.
‘Puding kastard lagi? Eeeee, awak ni tak muak-muak
ke makan benda tu? Saya tengok pun dah macam muntah baby. Eeeuuuuw!,’ katanya.
‘Awak ni,selama ni saya makan awak tak cakap
apa-apa pun. Awak nakkan sebenarnya? Tapi malukan?,’ sengaja aku mengusiknya.
‘Tak nak saya makan muntah baby’lagaknya
‘Saya nak basuh tangan jap’ sambil berlalu pergi.
3 minit.
‘habis jugak muntah baby saya kan? So,awak
bertenaga tak sekarang? Macam badang tu,’ kataku sambil gelak. Tak tahan aku
bila aku sampai tupperware puding habis licin. Kuahnya juga tak berbaki,bersih!
‘Eh! Diamlah dak kecik. Bukan sedap sangat pun.
Saya makan sebab saya tahu awak dah kenyangkan? Buangkan membazir,’ kalisnya.
Dia pandang aku,aku pandang dia. Kami bergelak sama. Bahagia. Sejak hari itu,
hari-hari kau teman aku berbuka. Sesibuk macam mana pun kau kerja,kau tetap
bawa aku ke bazaar, kalau tak pun,kau beli juadah untuk berbuka di butik kecil
tempat ku bekerja.
Balik kerja yang pastinya kau ambil bawa balik. Tak
boleh aku berjalan kaki. Bahaya katanya. Syukur dapat sahabat macam kau.
Prihatin tapi menjengkelkan. Boleh gitu? Aku senang dengan kau,walaupun
perangai kau seperti kanak-kanak kecil yang ingin dimanjakan. Tanya sahaja area
JB,mana yang tak pernah kau bawak aku jalan? Sutera mall yang tak pernah-pernah
aku jejak pun kau bawa. Pasar karat,Pandan semua kau bawa,sampai aku rasa orang
sana pun sudah kenal kita. Orang berterawih,kita pula sibuk masuk wayang tengok
cerita latest. Tak terlepas!
Tapi,sorry sahabar. Cerita Predator
yang kau pilih masa itu, bikin aku lena. Sorry! Terima kasih sahabat! Tangis
aku kadang-kadang kau yang seka. Aku malu bila permata jernih aku jatuh
dihadapan kau. Aku sayang kau,sahabat!
Sehinggalah satu hari itu, hari perpisahan kita.
Hari yang terakhir untuk kita bergurau senda. Kau masih sudi kedai aku,berbuka
bersama. Masa yang aku rasakan sangat cepat berlalu,padahal aku masih tak rela
untuk berpisah dengan kau. Entah kenapa,aku merasakan selepas ni kau akan jauh
dari aku. Ya,jauh. Aku mula sendu.sendu di dalam hati. Tapi aku, aku tak pernah
tahu apa yang ada dalam hati kau. Kau sedih atau tidak dengan perpisahan
ini,aku tak tahu! Masa yang dinantikan,tiba. Aku menemani kau ke arah kereta
kau. Tiada bicara antara kita,hanya lambaian tangan yang mengiringi perjalanan
kau. Selamat tinggal sahabatku!
Itu kali terakhir aku melihat kau. Itulah kali
terakhir aku bertentang mata dengan kau. Dan itulah kali terakhir aku melihat
senyuman kau. Semuanya yang terakhir. Dan hari-hari selepas itu,tanpa kehadiran
kau.
Ramadhan
2012.
Kini,sudah dua Ramadhan aku tanpa kau. Tanpa gurau
senda dengan kau. Dan yang paling penting, sepanjang tempoh masa ini
jugalah,tiada ayam percik dan puding kastard dalam hidup aku. Besar kesannya
dalam hidup aku. Tapi aku tahu kau tidak peduli. Sepanjang perpisahan kita,ada
sahaja pergaduhan yang berlaku. Tak kira samaada besar atau kecil. Itulah yang
semakin menjarakkan kita, sehinggalah suatu hari. Kau melontarkan ayat yang aku
rasa sangat menguris hati aku. Sungguh!
‘Kau jangan muncul lagi depan aku. Jangan muncul. Faham??!!!Perempuan
tak bermaruah!’
Aku tak tahu samaada aku boleh maafkan kau ataupun
tidak bila kau mempertikaikan maruah aku. Aku tak pasti maaf itu bila kau akan
dapat. Tapi aku sedar,aku hanya manusia biasa. Sedangkan Nabi Muhammad pun
memaafkan umatnya,apatah lagi aku hamba yang hina.
Aku sentap dan aku faham. Dan dari saat itu
juga,aku dan kau tak bertemu. Aku pegang ayat kau. Aku pun tak mengharap untuk
berjumpa kau lagi, walau pun kau pernah kata,
‘Kita tetap sahabat,walaupun kita sudah dalam liang lahad’
Tapi tak mengapa. Sekarang,apa yang kamu,kau dah
dapat. Kebahagiaan yang kau mahu juga kau sudah dapat. Pandai-pandailah kau
jaga hati si penculik hati kau. Aku sentiasa doakan kebahagiaan kau. Kau
bahagia,aku juga bahagia.
Biar aku simpan kenangan itu,seorang. Aku tak rela
kenangan itu dikongsi. Aku redha dengan apa yang terjadi. Terima kasih Allah!
Walaupun kegembiraan,kebahagiaan itu kau pinjamkan sebentar. Aku tetap
bersyukur. Syukur!
Kau,jaga diri
“Bila
kita redha akan sesuatu yang berlaku. InsyaAllah, DIA akan bagi kita sesuatu
yang baik. Setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri”
Sekian,terima kasih.
Nota kaki : Identiti 'Kau' dan 'Aku' dirahsiakan atas permintaan pencerita. TQ :)
No comments:
Post a Comment