Pages

Pengalaman berhadapan dengan kecemasan.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. 

Hye! Apa khabar? Diharap sihat dan ceria selalu. Hiks! Kita punyalah semangat nak pergi print gambar untuk storyboard untuk projek,turun-turun,printer tak ada. Haih! Pergi servis lettew. Harini,pepagi pukul 9am,dah terpacak kat lab nak settle sedikit demi sedikit,sisa-sisa kerja PSM yang tertangguh. Hmm,lepas ni ingat-ingat untuk diri sendiri,jangan ikut rentak orang lain, melainkan memang excellent, kerja siap; follow. Esok cuti,dah start midsem, makanya yeayy! I'm a happy girl. But,7hb dah ada MUET. Goodluck! Korang tak ada tips apa-apa ke?

Nak cerita apa ni? Sebenarnya,memang dah habis bosan dah ni. Sampaikan tengok RunningMan pun tak ada perasaan. Ditambah lagi dengan kecewa printer bawah tak ada. Hahaha! Okey,after 20mins godek-godek file gambar,tetiba tertengok gambar masa jaga kakak kat hospital. 

Okey,korang pernah jaga orang sakit kat hospital? Tak kisahlah even kerajaan ataupun swasta, yang kena jaga tetap orang sakitkan? Paling lama Cekqa berkampung kat hospital,adalah seminggu. Habiskan cuti midsem kat hospital. Tapi,it's okey. Keluarga sendiri kot,kau nak harap siapa jaga? Susah senang,biar sama-sama kan? 

Rasa-rasanya,nak jaga orang sakit ni,senang ke susah? Bagi Cekqa,depends on situations pesakit tu. Ada pesakit yang memang dia boleh bangun,jalan. Tak kurang juga,yang baring,nak jalan pun berpapah,nak makan pegang sudu pun gigil T__T. Alahai! Dan-dan time ni teringat diri sendiri dulu,nak makan lepas operation pun tangan gigil-gigil. Korang kalau kena jaga orang sakit,kat hospital apa kelengkapan yang korang sediakan? Kelengkapan tu tak semestinya dari segi keperluan diri sendiri,I mean baju ke bantal busuk ke kan,kenyataannya yang kena lebih bersedia metilah, MENTAL. Are you agree with me?


September 2015,after finished my MUET Speaking,dah balik rumah,lepak-lepak dengan my sis kat bilik sambil gelak tengok Running Mna,tetiba my sister susah nak nafas. By the way,my sister ada kidney problem. Sama-sama doakan moga kita terus dibagi kesihatan untuk meneruskan baki hidup kita. Al-fatihah buat kedua ibabapa kita,ahli keluarga kita serta saudara-saudara kita. Okey, maaf ya, iklan sekejap,buat ingat-ingat yang tak selamanya kita sihat,mampu.

Back to story,I'm panic. What! Apa nak buat ni? Actually,memang tengah berjaga-jaga pun,sebabnya my sister demam. So,bila dia demam ke apa,memang kita kena alert,iyalah,kidney problem kan,kita tak tahu dia demam biasa atau pun demam sebab kidney tu. So,panggil adik,terus shoot pergi hospital. Itu yang dengan baju kurung bagai,terus pergi emergency case. Bila check oksigen semua, semua normal. But,bila check-check,doc kata kena proceed untuk dialisis. BAMM! Otak semua jammed. What to do? What to do? Doc terangkan semua procedure itu ini,ibaratnya keluar telinga kanan,keluar telinga kiri. Sudahlah,tetiba kredit phone tetiba zero,phone pula battery suam-suam kuku. Eh! Pehallah semua nak buat hal kan? Gesek kad topap pun gigil-gigil. Yes, sebelum ni memang pernah jadi,but yang uruskan not me,my parents. Kau bayangkan,mak ayah masih on the way dari rumah kampung,kau sorang-sorang nak handle. Adik memang ada,but Cekqa yang dah cukup umur ni lah yang kena jadi waris that time. Call ayah, bagi doc yang cakap sendiri dengan ayah. Ayah kata proceed,okey kita proceed.

Bila kata proceed,akan ada satu proses menandatangai surat untuk doc tebuk leher my sis untuk proses dialisis. Again?! Before this dah pernah tebuk,and this time again. Hmm,keluar emergency room,menangis kejap. Sebabnya,my sister masih tak ada tapak kekal untuk dialisis. Masa tu,memang tak fikir panjang,sign terus. After 10 mins, terdetik yang sesuka hati aku je sign,tak tanya mak ayah pun. Lepas tu,barulah call,and mak ayah kata,it's okey,just do it. Bila dah settle bab tu semua, pandai-pandailah nurse dengan doc settle, Cekqa uruskan pula pasal admit ward. Alhamdulillah,sebab nak admit tu,kaunter tu sekosong-kosongnya,jadinya urusan semua cepat. Selesai bab admit, mak ayah sampai,sedikit lega dan tak lama lepas tu,my sister terus dimasukkan ke ICU. Sedikit lega,sebab unit rawatan rapi ni, asal bunyi mesin je memang akan ada orang pantau. So,jangan risau. Every decision memang akan panggil waris bincang and proceed the process if agree. Bila kat pesakit kat ICU,selalunya nurse yang akan jaga,ahli keluarga boleh balik. If you nak stay,boleh je. But,we are decide to back home,but still alert with phone. 


Bila dah keluar dari ICU,my sister dipindahkan ke ward biasa. Alhamdulillah! Sebab,tak lama dalam ICU,bila dah stabil,pindah. Dan,cabaran pun bermula. Hahaha! 

Firstly,paling kau nak jaga,perasaan pesakit. Hello! Dia sakit kot,kau nak bebel pun no function. Orang dah nak sakit,kau nak bebel buat apakan? Stop your blablabla but gantikan dengan kata-kata semangat,gurauan. Kebiasaanya,orang sakit ni kengkadang dia tak sedar apa yang dia cakap ke buat ke. Iyalah,high kot asyik makan ubat je. Kalaulah satu dua biji ubat tak apa, ini kalau dah sampai lapan, sembilan ubat,tak high lagi? Bila dah banyak kena makan ubat in one time, don't force! Kalau kau kena telan sebiji ubat pun tak suka,ini yang berbiji-biji. Take time, but pastikan ubat tu semua ditelannya. Haa,this is highlight pasal makan ubat ni, sediakanlah balm oil ke gula-gula ke kan. Kot-kot ada ubat yang 'menjengkelkan' ataupun pahit ke, so nak elak muntah,ready je benda-benda macam ni. Hahaha! So,be nice with your act and your word. Cakap yang baik-baik;kerna itu doa.

Itu bab nak jaga perasaan, yang lain-lain? Nak-nak memalam,datang soon dia muntah ke batuk kan,sampai ada satu masa,bak mehlah rasa nak muntah tu. Sekali dua boleh lagi,but every hours mesti muntah,nak tidur pun tak tenang. So,that time I decide to drink my Nescafe dengan terkebil-kebillah tengok movie tanpa suara,tangan ready plastic. And that time, Cekqa fikir,ini baru sakit, macam mana agaknya saat nyawa ditarik, buat ingat-ingat untuk kita yang sering alpa.

Secondly,barulah keperluan diri sendiri. Eh! Tak perlulah bawa satu rumah datang,cukup ada sweater, bantal leher and stokin. Hospital ni,sejuk kan? Lagi satu,janganlah sangka akan tidur lena. Tidak ya,tidak. Every hour,nurse akan jenguk check itulah,inilah. Tabahlah okey? Biasalah tu,normal. Hmm,apa lagi ya? Haa,kadang-kadang pesakit ni tetiba je rasa kejang kakilah,tanganlah. So,picit-picit sikitlah bagi renggang urat tu. Kau ingat seronok terbaring je? Hahaha. Bab ibadah pun kenalah jaga kan,kalau tak boleh bangun,kita solat baring/duduk. Tak mampu ambik wuduk,kita bantu. Boleh je belikan spray air,buat yang wajib dengan yakin. InsyaAllah. 

Thirdly,last but not least,walau apa pun dalam keadaan,jangan panik. Walau kenyataannya, dan realitinya,memang haru. Kan? Positive everything will be okey, dan yakinlah bahawa setiap kesusahan itu pasti ada manisnya. Semua dugaan buat kita ingat-ingat bahawa ada lagi yang Berkuasa. Sebenarnya,buat muhasabah diri sendiri juga dan mengajar kita erti kesabaran. 

Rasanya,itu jelah yang Cekqa boleh sharekan my experience take care my sister. Korang ada pengalaman? Share-sharelah,okey? Moral of the story, hargailah saat-saat kita sihat,dan ingat-ingatlah tak selamanya kita mampu. Sakit mengingatkan kita tentang kematian. Let's end my writing,with one reminder; "kematian itu sesuatu yang pasti".

Lot's of love;
Dhia.



Cerita Final Year Project (FYP/PSM)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. 

Hye uolls! Sihat tak? Ngigau sangat perangai,rajin nak update template blog sendu ni plus, terajin pula nak up cerita disaat-saat genting dan dihujung-hujung semester ni. Padahal,esok ada test, kelas pula sampai 7pm. Ayuhlah kita berhuhuhu. 

Haa,ini nak cerita sikit pasal projek akhir bagi jurusan kejuruteraan yang sedang diceburi. Ewah! Gittew. Tak adalah gempak mana pun projek, tapi penat dia ohmaiiiigeee. Tetiba rasa nak patah tulang 14 kerat pun ada,tapi tabahlahkan? Bak kata SV kita; "Nak A,memang kena penat". Dr, ini bukan penat dah,sendu dah. Hahaha! Tapi, kita okey je. Cuma, ada je mulut-mulut 'longkang' yang kata kononnya kita buat sibuklah, asyik penat je. Hello! Tak rasa jangan nak cakap lebihlah. Memanglah kita ni 'student' je, tak bergaji, tapi nak kutuk-kutuk kerja kita, kau siapa? Bayangkanlah, dahlah penat, tengah rehat-rehat, ada pula yang cakap macam tu,tak ke rasa nak tumbuk lelaju. Hiks! Get ur life lah,babe.

Okey,mengarut terlebih dah ni. Untuk FYP/PSM ni kita buat tajuk pasal agro-waste. Contoh agro waste tu macam sabut kelapa, kelapa sawit, tongkol jagung, like that lah. Dan,untuk PSM ni kita guna tiga materials which is sabut kelapa, tandan kelapa sawit dengan tebu. Kalau nak cerita pasal materials, lagilah sendu. PSM je guna tiga materials, sekali borak dengan senior Phd pun dia guna tiga materials,terus perasan diri dah setaraf dia. Hakhak! Penat weyh, penat. Keluar masuk kilang, crush, grind. Oi! Ingat senang ke? Mana rebut lab, rebut oven dengan budak master kerek, rebut machine, kalau boleh semua nak rebutlah. Tapi,jangan rebut hati I, okey? Okey, tak kelakar. 

Anyway, untuk projek ni,SV sangatlah membantu. Hwahwahwa! Menangis sebab terharu sangat dengan kebaikan my SV,even kadang ada rasa kena push. Tapi,memang kena push pun,dahlah malas. Itu pun tak sedar diri lagikan. 


Lets me introduce my super duper Supervisor, Dr,Rafikullah Deraman. He is awesome. Hahahaha! Seorang yang selalu merindui anak-anak dan keluarganya. Hiks! Cakap je nak kemana, kilang apa, InsyaAllah,dibawanya. Thanks Dr for everything. Sendu betul lah gambar pun kat kilang sawit Tereh Mill Kluang. Haha! Yang belakang-belakang itulah tandan kelapa sawit. Habuk dia jangan cerita. First time pergi,balik flat habis,demam seminggu. Afterthat, dah mahir dah jalan. Jangan lupa,bila kat tempat-tempat macam ni,safety first okey?



Kerja-kerja semua dibantu oleh dua pelajar master under SV yang sama,Wanny and Hazmi. Iya, banyak betul terhutang budi dengan diorang ni. Kemana pun,usung jugaklah diorang ni. Kalau tak, tak laratlah Iolls nak siapkan semua kerja. Kalau sorang,memang tak jadi cerita dia. Siapa yang bising kata kita buat-buat penat tu? Seluar pun dah tak macam seluar. Jacket apatah lagi, habuk sakan. Kasut tunggu masa nak buang je. Hahaha! 


Gigihkan dahi bertampal pun,nak juga pergi kilang sawit. Haha! Yang bertampal tu salah sendiri, siapa suruh langgar bucu mejakan. Padan lah muka buat diri sendiri. Dari tak pandai operate machine,pandai juga lah nak operate. Tapi,paling improve, dari tak tahu lab dekat fakulti tu,tetiba jadi pakar. Kau cakap je kau nak tahu lab mana, InsyaAllah dah boleh bagi jawapan,siap dengan technition dia sekali.Amboi! Berlagak sangat ni. Hahaha.  So,doakan kejayaan projek ni, okey? Bila tambah tolak darab bahagi semua, tinggal 28 hari nak submit report, tapi result satu apa pun tak ada lagi, dalam proses. Semoga kita terus tabah okey? 

Mohon doakan kejayaan kita bersama. Buat rakan-rakan seperjuangan, ayuhlah kita berjuang hingga ke titisan keringat yang terakhir. Kehadapan SV yang terawesome, jangan lupa claim kasut I, Nike Aeroply,size 36,okey? *Lari lelaju*

Lot's of love, Dhia. 

Resepi mudah isi ikan Salmon.

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Apa khabar? Diharap semuanya sihat belaka ya. Firstly,tahniah buat pasukan JDT kerana menjadi juara AFC. Ewah! Walaupun tak tengok,tahulah juga sikit-sikit kan. Seronok juga buat warga Johor sebabnya cuti. Yeayy! Tapi,hari ni memang tak ada kelas pun,so cuti belaka lah. 

Taknak bebel banyak,back to the topic. Ikan Salmon. Amboi! Sedapnya. Korang yang tengah diet,bolehlah belajar-belajar makan ikan salmon ni. Kenyang pun kenyang. Gulp! Adoi,sedapnya. Hahaha. Salmon mahal? Tidaklah. Kat Mydin ada je yang murah. Itu hari,jenjalan kat CoolStorage Plaza Pelangi,harganya pun normal je. Merah-merah,cantik lagi.

Resepinya? Ini resepi campak-campak je okey, rasa nak ikut,ikut. Gittew. 

Untuk perap si salmon ni menggunakan lemon-oregano-bawang putih cincang halus. Sapu je kat isi salmon tu. Lepas tu,ternampak pulak, si ketumbar, okey,cincang halus, pap pap pap. Eh! Wanginya. Hahaha. Settle tu,peraplah dalam 15 minit ke. Tapi,kita tak sempat perap pun,sebab tak sabar :')


Isi Salmon-ketumbar-lemon-oregano-bawang putih-baby tomato

Biarkan sekejap,bagi dia serap semua-semua tu. 

Close-up sikit. Hmm,sendiri terliur ni.

Bila dah perap semua tu, just masukkan je isi salmon ni dalam pan. Kita guna magic pan,minyak letak sikit je. Tapi,ikutlah masing-masing okey? Sebab,kita suka hangus-hangus,so kita masuk kuali. Kalau ada yang suka bakar-bakar,masuk oven. Isi salmon pecah tak? Rahsianya,janganlah asyik nak terbalik-balikkan. Hahaha. Sekali pusing je okey dah. Kalau asyik pusing-pusing, jomlah sesama nyanyi lagu Opick, "meski ku rapuh,dalam langkah.....". Gittew. 

Sesambil grill salmon, boleh je campak-campakkan baby tomato dengan asparagus. But! Asparagus masak dalam jangka masa yang sekejap je ya. Kalau lama-lama,liut jadinya. Tahu tak liut tu apa? Liat, tak sedap. Hiks! Baby tomato tu,bila dah panas,bila gigit,pulp! Dappnya. Okey, ini over. Hiks. 



Okey, dah jom makan,ratah macam ni pun,nikmatnya tak tahu nak cakap macam mana. Hiks. Ke kita je sorang yang jakun ni? Haha. Ikan salmon ni,eloknya jangan letak kat frezer okey? Letak je kat chill yang biasa,bersihkan,pack dalam plastic ke tupperware ke,simpan. Senangkan? Okey,selamat mencuba!

Update : Untuk bagi effect ranggup-ranggup hangus-hangus sapukan sedikit madu,especially kat kulit keliling isi tu,okey? 

Ramadhan 2015/1436H

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera. 

Haa,puasa tak? Intro entry kemain sangatkan. Hiks! Alhamdulillah,harini dah masuk Ramadhan yang ke-5. Pejam celik pejam celik,cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah masih diberi kesempatan menikmati bulan yang penuh barakah ni,walaupun dalam keadaan yang tidak sihat. Hari pertama,dah sakit tekak. Ini dari semalam,semalamnya dah selsema. Dugaan betul ya ditambah pula dengan cuaca yang panas belaka di Parit Raja ni. Tabahlah hendaknya. 

Buka apa hari ni awak-awak semua? Harini Dhia makan koko crunch je. Sebab,tak selera nak makan nasi. Nanti,lepas-lepas buka nanti nak pergi kedai Rosalinda ayamorayamor makan sup sayur. Manalah tahu,selsema boleh pulih. Hiks! As usual,biasanya bulan Ramadhan ni selera mencanak-canak sangat,lelagi bila nampak puding custard cocktail. Wah! Sedapnya kan? Lepas tu,mesti nak cari sayur urap. Sedapnya bertambah bila makan dengan nasi putih and sambal belimbing. Gulp!

Alhamdulillah,dah buka dah,minum seteguk dua air,makan koko crunch. Untunglah siapa yang buka kat rumah tu,dapat makan air tangan mak. Huahua! Nak jugak boleh? Mak awak,mak saya jugakkan? Hiks! Sekarang ni,tengah musim final exam. Dah empat paper lepas,tarik nafas sekejaplah. Next and last paper,this Thusday. On Monday,dah register for internship. Wah! Cuak kebebeh jadinya.

Motif sebenar update blog adalah nak cerita pasal seronoknya naik train KTM,Keretapi Tanah Melayu. Amboi!Selama 25 tahun hidup ini adalah first time naik train,and first time gerak solo,bersendirian. Tapi,tapi tapi,malasnya nak upload gambar dalam phone. Nanti free-free lah ya update. Hiks! Perut tengah kenyang baru balik dari SR dengan Kak Miya,semata nak makan TomYamKung yang sedap tu. Niat nak makan laksa kat JuzWaffle BPMall tapi,dah lambat,so yang dekat Secret Recipe je. Padahal itu hari,baru ada orang seru-seru SR. Kebetulan sungguh -___-.

Kemain entry nak siap dari pukul 7pm,pukul 10pm baru publish. Hahaha! Akhir kata,semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan buat kita semua. 



Untuk semalam,yang terbit cuma rasa senang. Dan,yang tertinggal,rindu bayangan. Rindu,sampai bicara jadi kedu. Yang meluah,cuma redup mata tika dipandang temu. 
21st #UntukMerekaYangSuka



13th

Assalammualaikum. Hye hye hye! Tetiba sangatkan perangai ni. 

Pejam celik-pejam celik tetiba dah bulan enam,tetiba dah nak masuk Ramadhan. InsyaAllah,kalau dipanjangkan umur,kita bertemu lagi ya Ramadhan. 

Tetiba sangat perangai nak update blog. Sebab? Entah. Sebenarnya,macam-macam benda nak cerita. Sakit hati-gembira-losser semua ada. Biasalah,bila lama-lama dah selalu simpan-simpan sakit hatinya, sampai nak cakap pun tak pandai dah,nak menangis pun dah tak mampu. Senang cerita, lantak sana. Ada aku kesah? Begitulah. 

Dua tiga menjak ni,banyak kesana sini,uruskan itu ini. Tapi,kita chill jelah. Penat pun diamkan aja-laratkan juga. Kalau kita tak buat,siapa yang nak buatkan? Kalau pandai cakap,tapi buatnya tak,tak jadi juga. Ya dok? Ini,esok nak remind SV pasal nak pergi kilang nenas dengan kilang kelapa. Jyeaah! Seronoknyalahkan. Orang dah stop dah fikir PSM,Dhia still lagi kesana sini urus hal PSM. 15hb ni dah start final exam,my first paper. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Yang lain-lain urusan tu tolak tepi dulu,walaupun kat otak ni dia dok rolling-rolling je. Ah! Biarlah sana, nanti-nanti boleh fikir. Uruskan apa yang penting dulu,tapi itu pun penting juga. Tapi,iya-iya sangat pun tak boleh.HAHA!

Bila nak masuk bulan puasa ni,mulalah rindu nak kerja kat Angsana tu,jual baju. Sebab apa suka? Sebab komisyen tinggi. Haha! Itu yang seronoknya. Bulan puasa ni,Dhia intern kat satu consultant ni. Tak tahulah perginya macam mana. Ada tak yang nak ajak buka sama ek? Ada tak yang nak ajak shopping raya sama? Berangan jelah,padahal nan hado. Ini pun dah dok fikir,habis intern office hour,nak cari part time boleh tak? Haha! Hmm,rindu nak puasa-puasa macam tahun yang lepas-lepas. 

Okeylah,emosi dah stabil balik dah ni,so,bolehlah sambung study. Hiks! 

kamu baik-baik aja kan?

kamu boleh pergi nggak?
rimas deh butir hitam aku lihat kamu lintas-lintas gini. 

diam ya? aku lagi sibuk. 
aku lagi butuh waktu tuk' terus kangen sama lo'

ya,udah. itu bener. 

aku nggak bisa nolak rindu yang bisa bikin hati aku ribut. 
ya,aku tahu banget. yang sakit itu aku, yang perih,itu juga aku. 

kamu baik-baik ajakan?

dalam sendiri aku,yang nemani,cuma bayang kamu. 
yang memeluk aku tika tersungkur. 
lalu,mimpin tika pandang aku kabur. 
lo' dimana dan sedang apa?

tapi,aku lagi mikirin,yang kamu masih baik-baik aja kan? 
#UntukMerekaYangSuka

February-March 2015

Assalammualaikum.
Selamat Sejahtera. 

Pheewww~tiup sikit blog yang dah berhabuk ni. Hahaha! Ala,biasalah. Kesibukkan melanda diri. Bulan lepas pula,laptop tak ada charger,ini baru lah beli. Tetiba je dah naik sem. Pejam celik,pejam celik tetiba dah bulan 3. Amboi! Pantas sangat masa berlalu,kan? 

Bila dah naik sem ni,mulalah sibuk dengan kelas,lepas tu tak lama lagi mulah sibuk dengan projek, assignment semua. Ditambah pula semester ni,Dhia buat PSM1. Terjengkit-jengkit rasanya. Cerita pasal PSM ni,Dhia syukur sangat sebab dapat SV yang awesome. Kata lain,bestlah, Boleh layan kepala,and the more important banyak input Dhia dapat dari dia. Sempoi je,tak adalah protokol bagai. Cuma,kena banyakkan membaca,tingkatkan pengetahuan. Even,baru dua minggu naik sem beban dia Allahu! boleh tahan berat. Lagi-lagi kita ni pula baru nak bertatih. It's okey Nadzirah! You can do it. Pssst;anyone nak ajak pergi hiking ke vacation ke please bagitahu. Hahaha! Kot-kot boleh release sikit kusut ni,plus tolong eh bacakan jurnal untuk saya. Hahaha! 

Oh ya,PSM dia buat pasal apa? Itu kita cerita lepas tajuk diapprove oleh Head of FKAAS okey? Itu cerita PSM,yang ini nak cerita pasal internship pula. Semuanya nak kena settle dalam bulan ni. Kalau tak,nan hadolah ceritanya. See,nampak tak betapa kelam dan kabutnya semester ni. Kahhh! Tapi tak apa,satu hari 24 jam kan? Ada je masa untuk tidur-tidur petang,lepas tu sesantai. Hahaha! So,taklah sibuk mana pun keeennnnn. Propa je lebih Dhia ni. 


Hye Zachary Levi! Hye Chuck! Taknaklah cakap banyakkan,dalam sibuk-sibuk tu sempat lagi riki cerita romantik si Zac ni. Hmm,terus jatuh cinta dengan cerita ni. Bolehlah masuk dalam kategori cerita #mustwatchmovie . Tajuk apa? Remember Sunday. Cari je kat Youtube,confirm ada. 

Okey,nampak sangat merapu loser tak ada cerita. Hahahaha! Okey,see you soon. Take care! 

Hong Kong Trip #Part 4 (Avenue of Star)

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Hye! Kemainlah lama,baru nak cerita. Haritu,masa Cekqa pergi Airport Senai masa nak naik flight ke Kuala Lumpur,ada satu kereta ni,part betul-betul depan pintu masuk airport. Ya,Cekqa macam kenal kereta tu,tapi sebab tak ingat nombor flat,Cekqa abaikan. Tapi,banyak kali tengok kereta tu. Tapi,tak nampak siapa kat dalam tu,cuma bila toleh tu,orang tu tengah betulkan cermin belakang kereta. Eh! Cekqa salah orang kot. Hahaha! Kau ingat kau retis? Tapi,seriusly,macam kenal. Kot-kotlah memang tu kereta kawan Cekqa,jangan kata kita sombong tak bertegur pula. Hahaha! Okey itu je.

Part 4 ni,nak cerita tempat first yang Cekqa dengan kakak's jejak. Dah sampai hotel,memang flat. Hahaha! Dah masuk,tidur,bangun,mandi lepas tu,sesiap nak keluar. Petang tu lepak dalam bilik je,settlekan,kemas-kemas apa yang patut,malam tu baru keluar. 

Avenue of Star, Hong Kong 
Direction ni boleh digunakan if korang dekat area Tsim Sha Tsui,Nathan Road,atau area-area situlah.  
Keluar dari bangunan Maridor Mansion--Ke kiri (Nathan Road)--Straight dan akan jumpa Hotel Sheraton (Left side)--and just follow the sign. Untuk ke Avenue of Star,perlu melalui underground Sheraton Hotel and Exit J2 and just follow the sign. 


Ingat! Jangan buat pandai. Ikut sign ya anak-anak. Bangunan diorang ni lebih kurang je. Maridor Mansion tu berlambak. Make sure ambil gambar kiri kanan bangunan korang. Deal? Hahaha!

Jalan punya jalan,tup tup sampai pong. Dekat je sebenarnya. Cuaca toksah ceritalah. Dia punya sejuk haaa,ambik kau. Pipi pun kejung nak senyum. 




Apa yang menariknya kat sini? Korang akan dapat tengok lampu-lampu bangunan pulau sebelah. What a nice view. But,jujurnya Cekqa tak ambik gambar banyak,sebab tangan dah kejung,sejuk gila weyhh. Tapi kat camera kakak's I banyaklah uolls. Nanti I update lagi. Okey? Hahahaha. 

Lepas tu pukul 8pm,akan ada show laser bangunan seberang sana tembak seberang sini. Dah macam tengok ultraman pun ada. Hahaha! Tapi memang nice. Persembahan tu berlangsung selama 15 minit. Habis je show tu,berdedai orang blah. Hahaha! 



Dah habis jalan-jalan,snap sana sini,maka baliklah. Satu peringatan kat sana,sana tu kereta bus and kendaraan di kat jalan raya adalah amat laju okey? So,kalau nak melintas tu make sure patuhi lampu isyarat yang pejalan kaki tu. Kalau tak ikut,dengan korang-korang diorang sebat. Who care right? Kau yang degil. Hahaha. Ingat pesan Cekqa yang satu ni okey? Okey,next entry Cekqa cerita pasal Disneyland. Haa! Yang ni memang banyak gambar. Kahkah! 

See you!