Pages

Resepi mudah isi ikan Salmon.

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Apa khabar? Diharap semuanya sihat belaka ya. Firstly,tahniah buat pasukan JDT kerana menjadi juara AFC. Ewah! Walaupun tak tengok,tahulah juga sikit-sikit kan. Seronok juga buat warga Johor sebabnya cuti. Yeayy! Tapi,hari ni memang tak ada kelas pun,so cuti belaka lah. 

Taknak bebel banyak,back to the topic. Ikan Salmon. Amboi! Sedapnya. Korang yang tengah diet,bolehlah belajar-belajar makan ikan salmon ni. Kenyang pun kenyang. Gulp! Adoi,sedapnya. Hahaha. Salmon mahal? Tidaklah. Kat Mydin ada je yang murah. Itu hari,jenjalan kat CoolStorage Plaza Pelangi,harganya pun normal je. Merah-merah,cantik lagi.

Resepinya? Ini resepi campak-campak je okey, rasa nak ikut,ikut. Gittew. 

Untuk perap si salmon ni menggunakan lemon-oregano-bawang putih cincang halus. Sapu je kat isi salmon tu. Lepas tu,ternampak pulak, si ketumbar, okey,cincang halus, pap pap pap. Eh! Wanginya. Hahaha. Settle tu,peraplah dalam 15 minit ke. Tapi,kita tak sempat perap pun,sebab tak sabar :')


Isi Salmon-ketumbar-lemon-oregano-bawang putih-baby tomato

Biarkan sekejap,bagi dia serap semua-semua tu. 

Close-up sikit. Hmm,sendiri terliur ni.

Bila dah perap semua tu, just masukkan je isi salmon ni dalam pan. Kita guna magic pan,minyak letak sikit je. Tapi,ikutlah masing-masing okey? Sebab,kita suka hangus-hangus,so kita masuk kuali. Kalau ada yang suka bakar-bakar,masuk oven. Isi salmon pecah tak? Rahsianya,janganlah asyik nak terbalik-balikkan. Hahaha. Sekali pusing je okey dah. Kalau asyik pusing-pusing, jomlah sesama nyanyi lagu Opick, "meski ku rapuh,dalam langkah.....". Gittew. 

Sesambil grill salmon, boleh je campak-campakkan baby tomato dengan asparagus. But! Asparagus masak dalam jangka masa yang sekejap je ya. Kalau lama-lama,liut jadinya. Tahu tak liut tu apa? Liat, tak sedap. Hiks! Baby tomato tu,bila dah panas,bila gigit,pulp! Dappnya. Okey, ini over. Hiks. 



Okey, dah jom makan,ratah macam ni pun,nikmatnya tak tahu nak cakap macam mana. Hiks. Ke kita je sorang yang jakun ni? Haha. Ikan salmon ni,eloknya jangan letak kat frezer okey? Letak je kat chill yang biasa,bersihkan,pack dalam plastic ke tupperware ke,simpan. Senangkan? Okey,selamat mencuba!

Update : Untuk bagi effect ranggup-ranggup hangus-hangus sapukan sedikit madu,especially kat kulit keliling isi tu,okey? 

No comments:

Post a Comment