Salam Syawal Lovers! ^^
Thursday #1
In front of you, I can only wait for you to get better.
I'm not the kind of girl that opens up my body to sell with my smiles!
I have nothing to hide, I have nothing to lie about
I am still me,still me, Dhia Afiqah
I am still me. Still me.
![]() |
| Dear future husband,can i get kitchen like this? This place I can show you how much I care about your by giving you tasty food and I can call you, Sayang Muncit! ;) Berangannnnn tak sudah. PANGGG! |
![]() |
| Haruslah sentiasa berangan untuk yang terbaik. Oh myyyyyyy. Fall in love |
Tolong,jaga dia.
Bau segelas Hot Chocolate Classis,mengiurkan seleranya. Lantas cawan itu dibawa perlahan-lahan menyinggah ke bibir manisnya. nikmat yang tak terkata dek panasnya,dan hangatnya. Baunya sahaja cukup membuat seleranya ghairah. Diperhati satu-persatu manusia yang lalu lintas dihadapannya. Begitulah dia. Memerhati,menajamkan otak berfikir dan meligatkan anak mata menjamah ragam-ragam manusia sekarang.
Sedar tak sedar masa terus berlalu. menghanyutkan dia dalam angan-angan yang tidak sudah. membiarkannya dalam fikiran yang telah sedia terawang-awang. Baginya,itu satu kepuasan baginya. dirinya hanya tersentak apabila kerusi dihadapannya ditarik keras.
'Apa kes pula ni?,'rungut hatinya. ditenung dalam-dalam insan dihadapannya. Sejuk seluruh badan. kelu lidah tidak terkata apatah lagi mahu berbicara. matanya langsung tak terkedip dek renungan tajam si empunya badan dihadapannya. Satu sahaja yang terlintas kini di benaknya, 'aku mimpi atau realiti? Tolong sedarkan aku!'
PAP! Satu ketukan di atas meja sudah mampu mengejutkannya dari lamunan.
'Awak kenapa? Macam nampak hantu pula. Takkan tak kenal saya kot?'bicaranya.
'Hmm,ingat. Mestilah kenal awak. Awak buat apa kat sini ya?' balasnya sambil menundukkan wajahnya. Ada satu perasaan yang terlintas di benaknya. Sebak!
'Saja. Jalan-jalan. Awak?',tanyanya kembali.
'Saja juga. Tanpa arah' ringkas sahaja jawapannya.
Diam.
'Saya gerak dulu lah ya. Ada benda lagi yang mahu saya selesaikan'. Aku cuba mencari jalan keluar dari terus dikeliling olehnya. Kalau boleh bayangnya langsung tak mahu aku lihat.
'Awak,duduk dulu. Ada benda yang saya nak cakap,' mendatar suaranya.
Kerusi ditarik kembali,dan dihanyak oleh ku.hati terus berdebar menanti yang bakal keluar dari mulutnya.
'Saya minta maaf kalau sebelum ni,saya ada terlanjur kata dengan awak. Saya tahu saya banyak salah dengan awak. Saya tahu,saya juga permainkan awak. Maafkan saya,'bicaranya lembut.
'Dah habis?,' tanyaku.
'Selama ni memang saya dah maafkan awak. Tapi hingga detik ini,saya tak harap pun jumpa dengan awak sebab kehadiran awak membuka kembali luka yang telah pulih. Terima kasih atas kata maaf itu. Saya pergi dulu.'
Pantas aku bangun. Perjalanan aku tersekat terhalang dek satu susuk badan yang aku kira ianya seorang perempuan. Ditenungnya aku dengan tajam. Aku kenal wajah itu,dan aku pasti siapa dia.
'Jangan risau. Semuanya sudah berakhir, dua tahun yang lepas lagi sudah tamat'. Tangannya ku genggam memberi kepastian. Dalam sedar tak sedar,perjalanan aku teruskan sambil berbisik 'Tolong,jaga dia'
Salam Syawal
Dhia Afiqah,
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua Muslim dan Muslimat yang meraikan. Oh Ramadhan, aku mula merindui kau. Alhamdulillah,syukur! Dapat lagi menyempurnakan Ramadhan kali in dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Ramadhan,adakah kita akan bertemu lagi?
Sekali lagi dan akhir kata, Salam Syawal dari Dhia Afiqah sekeluarga buat anda semua. Pandu cermat,jiwa selamat. Jangan biarkan Aidilfitri kali ini,aidilfitri yang suram. Ingatlah orang yang tersayang.
Lot's of love,
Dhia Afiqah.
Taat Pada Boyfriend.
Entry fully from blog HANIS ZALIKHA :)
Taat Pada Boyfriend.
Perempuan selalu cinta dalam-dalam. Tak berpada-pada. Dia percaya lelaki itulah yang dia bakal kahwini. Mungkin dia anggap, relationship itu sebagai satu test, adakah dia wifey material. Jadi dia kena tunjuk betapa wifey materialnya dia. Dengan taat pada boyfriend.
I’ve seen this a lot (ehem, girlfriends). And at one point in my life, I used to be that girl too.
“Weh jom keluar lepak jap. Lamanya tak jumpa!” “Jap aku tanya boyfriend aku”. Wow, sejak bila berdosa andai boyfriend tak redhakan pemergianmu untuk melepak bersama teman-teman? Bilakah tanggungjawab menjagamu beralih dari ibubapa ke boyfriend mu? LOL.
Bila liat nak solat, boyfriend call dan tanya dah solat belum? Wow terus laju capai telekung dan bersolat wow wow, cuba kalau Mama atau Daddy yang suruh pergi solat, tunggu lagi beberapa minit nak habis waktu baru bergegas.
Ibubapa nasihat belajar rajin-rajin, oh it’s just another nasihat yang berulang sejak dari tahun satu lagi. Tapi bila boyfriend bagi kata-kata semangat nak exam, sayang jangan lupa baca Allahuma Yassir Wala Tuassir ya xoxo. The moment dapat anugerah dekan terus update status FB I can’t do it without you, you are my drive, my inspiration, my backbone. Wah tiba-tiba dia jadi tulang belakang kau, entah engkau tulang rusuk kiri dia ke idok, belum confirm lagi.
Bila pakwe ajak keluar weekend, terus OKAY! *sambil cancel semua plans lain*. Kalau family kata baiklah we’re having dinner this weekend, jawapannya “Tengoklah kalau I free”.
Kalau nak pergi clubbing, "weh nanti jangan tag gambar aku, nanti boyfriend aku nampak". Oops, taknak hancurkan hati boyfriend uols! Hati mak bapak camne? Oh lupa mak bapak takde Fesbuk. Sorry sorry, ini tak valid.
There’s a difference between being a good partner, and secara buta tuli taat. If he is a good partner to you, and you repay him with kindness as well, you’re a good partner. Kalau dia treat you macam bangang, tapi you still put him first, that’s… sorry to say, buta tuli taat.
Bila buta tuli taat, you lose your value and above all, you lose yourself.
So ladies, don’t give your all just yet. Not until he sits on the cushion and the pakciks around him said “SAH”. Biarlah orang kata jual mahal, sebab benda mahal memang kita kena jual mahal okay belajarlah ekonomi/business.
Short review,TR!
Salam buat semua pembaca. Apa khabar? Diharapkan semuanya sihat-sihat belaka. Alhamdulillah Cik Iera dah pun selamat ambil test keusahawanan tak tahulah betul ke tak jawapan tu. da usaha, doa dan tawakal.
Oh ya by the way Cik Iera nak kasi jeles kat semua, yang Cik Iera dah tengok dah cerita Total Recall. Fuhhhh! Tak tipu, best. Ayat yang paling Cik Iera suka macam ni "awak, jangan pergi jauh" comel je rasa. Kehkeh. Dah sepanjang perjalanan balik dengan roomate, senyum. Senget betul Cik Iera ni. Ehhh! Watak Lori tu, serius power. Dalah, cantik, kuat pula tu, walaupun watak jahat,suka tengok dia.
Oklah, nak rehatlah, penatlah. Jumpa lai. Selamat menjalani ibadat puasa semua!
Lot's of love,
Cik Iera.
Oh ya by the way Cik Iera nak kasi jeles kat semua, yang Cik Iera dah tengok dah cerita Total Recall. Fuhhhh! Tak tipu, best. Ayat yang paling Cik Iera suka macam ni "awak, jangan pergi jauh" comel je rasa. Kehkeh. Dah sepanjang perjalanan balik dengan roomate, senyum. Senget betul Cik Iera ni. Ehhh! Watak Lori tu, serius power. Dalah, cantik, kuat pula tu, walaupun watak jahat,suka tengok dia.
Oklah, nak rehatlah, penatlah. Jumpa lai. Selamat menjalani ibadat puasa semua!
Lot's of love,
Cik Iera.
Kawan atau lawan?
Salam buat semua pembaca. Apa khabar?
Diharapkan semuanya sihat ya. Alhamdulillah, masih mampu meneruskan puasa di
bulan Ramadhan yang penuh nikmat. Dan alhamdulillah juga Ramadhan ini rezekinya
murah. Syukur Ya-Allah!
Bukan apa,disamping Cik Iera study,sem
last,sempat lagi Cik Iera mengajar anak-anak melayu di salah satu pusat
kemahiran,subjek Math. Dapat jugalah bagi mak ayah adik duit raya tahun ni.
InsyaAllah! Dalam sibuk mengajar,ada lagi kerja sampingan. Kerja menyibuk kat
dapur,buat kuih raya. Buat untuk rumah sendiri dan tempahan. Ala,kecil-kecilan
je. Janji rezekinya halal. Ya dak?
Semalam,basikal Cik Iera yang
hilang tiba-tiba dah ada balik kat tempat asalnya. Thank’s Allah! Syukur. Di bulan
yang baik ni,saya maafkan siapa yang mengambil nya dulu tanpa izin saya. Mungkin
dia lagi memerlukan. Tak apa, benda dah lepas.
By the way, ada one story sebenarnya. Bukanlah nak memburukkan ke apa,sebab blog ni pun siapa je yang nak
baca kan? Tulis sendiri,baca sendiri. Nanti bila dah tua,ada cucu. Bila cucu
tanya,
‘granny,ceritalah masa granny muda-muda
dulu’
‘kalau cu nak tahu,cu buka blog granny. ierastuff.blogspot.com’
Boleh gitu? Granny kau. Omputih nauuuu! Eeeeeuuw. Bhahaha. Entahlahkan,
dalam dunia kadang-kadang apa yang kita harapkan tak seindah mana. Kadang-kadang
apa yang kita tak suka,itu yang kita dapat. Padahal,itulah yang terbaik dari
DIA. DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita sebenarnya,tapi! Kita tak pernah
syukur,malah sering kali merungut. Itu manusia!
Penggunaan aku
selepas ini merujuk kepada pemilik perasaan kisah ini
‘sebenarnya,aku tak sedar pun dia wujud’.
Kau tak sentap ke kalau orang cakap macam tu? Mengata belakang pula
tu. Mungkin DIA nak tunjuk siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya lawan. Aku
memang sentap bila dapat tahu semua tu. Aku fikir semuanya ikhlas,tapi. Hmmmm,itu
kawan ke? Kalau dah sebumbung tapi dikatanya tak wujud. Hello! Aku ada
perasaan. Jangan tanya kat mana aku tahu semua ni.
Itulahkan, mungkin aku pun ada buat silap. Tapi apa salahnya, kalau
tegur apa yang silap. Tak payah nak mengata belakang. Tak payah nak memburukkan
atau mengaibkan kat orang lain. Kalau gentlemen,face to face with me. Kan? Dengar
cerita,kau jenis yang lantang bersuara,tapi kes ni kau cakap belakang pula. Ala,
mulut memang manis,hati?
Okaylah,malas nak cakap panjang,nak bebel pun tak guna. Aku,mohon maaf
dari hujung kaki ke hujung kepala atas silap dan salah yang aku buat. Mungkin selama
ni apa yang aku buat menjengkelkan di mata kau. Mungkin selama ni aku
menyusahkan kau. Kan? Aku tahu semua cerita. It’s ok. hati aku tak sakit,
cumanya terkilan. Selama ni aku respect kau darri beberapa segi. Tapi? Hmmm,aku
minta maaf sekali lagi. Kalau kau rasa aku ada hutang apa-apa dengan
kau,bolehlah tuntut kat aku.
Kadang-kadang apa yang kita buat, bukan semua orang suka.
Sekian,terima kasih.
Tamat
Erkkk, apa ni? Cik Iera tak ada
kena mengena dalam kes yang disebutkan. Haa,itulah. Mak kan dah pesan, kalau
berkawan jangan percaya dan taruh 100% kepercayaan. Dalam dunia ni,tak ada yang
sempurna. Kan? So,muhasabah diri sendiri.
Oklah,Cik Iera nampak dah bantal tu empuk. Selamat menjalani ibadah
puasa semua!
Lot’s of love,
Cik Iera.
Subscribe to:
Posts (Atom)





