Pages

Showing posts with label Disneyland Hongkong. Show all posts
Showing posts with label Disneyland Hongkong. Show all posts

Hong Kong Trip #Part 3 (Sleep In Hotel)

Assalammualaikum
Selamat Sejahtera. 

Gigih tak Cekqa update hehari cerita pasal cuti kali ni? Bukan apa,buat rujukan diri sendiri. Manalah tahu nak bawak suami,anak-anak kan. Eh! Sesuatu sangatkan. Hello! I nak honeymoon kat New Zealand okey. Hahaha! Beranganlah kau tak habis-habis. 

Based on the topic,Cekqa nak cerita pasal penginapan 4 hari 3 malam (22-25 Jan 15) sepanjang di Hong Kong. Hotel yang Cekqa and group menginap adalah Sleep In Hotel,dimiliki oleh orang Pakistani,Mr.Sonu,tak silaplah. Hahaha! 





Gambar bilik nan hado. Sebab apa? Sesampai je,kebabommmm. Semua melepek kat katil. Balik jenjalan lagi sampai bilik kebaboommm lagi. Jadi,sampai ke sudah,nan hado gambar bilik. Hahaha! Apa yang ditawarkan sepanjang duduk kat hotel ni?
Berdekatan dengan Station MTR Tsim Sha Tsui.
Berdekatan dengan Avenue of Star.
7Eleven
Free WiFi | Private Toilet
Fridge | Telephone | Hair dryer | Iron | Microwave | Peti besi
Shower facilities | Slipper | Heater | Air Condition
Itu antaranyalah. Air panas dia jangan cakaplah,kau over buka,sampai berasap-asap keluar airnya. Hahaha! Bilik air selesa dan bersih, tuala disediakan dan setiap hari ditukar dan bilik dikemas setiap hari. So,kalau ada nak tinggalkan barang berharga,simpan dalam peti besi,pun disediakan. 

Kalau  pepagi nak buat air panas,dont worry,memang disediakan. Nescafe ke teh ke memang ada,siap dengan gula sebalang. Haaa,lagi satu hotel memang akan bekalkan air mineral setiap bilik 2 botol hari-hari. Kalau dia tak bagi,minta okey? Hahaha. 
Macam nak sampai hotel daripada Airport?
Dari Airport cari signboard bus,follow je the signboard tu ataupun keluar pintu utama terminal 1 tu and then belok ke kanan straight je akan nampak bus. 

Kalau stay kat area Tsim Sha Tsui boleh naik bus A21 and turun kat pit stop NO.13. Charge yang akan dikenakan adalah HKD33. Dont worry,that bus memang sediakan luggage area. Just letak your bag,and enjoy your sit. 
Macam mana nak tahu dah sampai pit stop kita bila naik bus?
Dalam bus,akan ada satu mini TV lah untuk inform dia dah sampai pit stop/akan ke pit stop mana. Kalau pit stop kita NO.13,bila bus dah sampai pit stop dah kat NO.11,and kalau kita duduk area atas,bolehlah turun,get ready. Just tengok mini TV tu,nombor paling atas,itulah pit stop seterusnya.  

Turun je bus memang akan jumpa bangunan Maridor Mansion and masuklah dalam tu. Hotel Sleep In untuk check in level 11,and bilik Cekqa level 14. Fyi,kat sana,nak naik lif pun kena beratur okey. Berdisiplin sangat tau,and ada guard jaga lif tu. Lif dia pula satu untuk level nombor ganjil,satu lagi level nombor genap. 
Pembayaran macam mana? Book hotel? Check in lambat cancel ke?
Pembayaran dibuat masa check in bilik. Masa tu,kakak Cekqa bayar cash HKD,berapa tu lupa,but kalau dalam Ringgit Malaysia,RM1280. Bilik pula untuk 3pax. Untuk booking hotel boleh buat kat booking.com ataupun just click sini untuk info lebih lanjut tentang Sleep In Hotel . Okey,cerita pasal check in ni,rajin-rajinlah berbalas email dengan pihak sana. Inform flight pukul berapa,sampai pukul berapa. Bila dah sampai,email lagi,cakap dah sampai and akan ke hotel. Simple sayang-sayang. Hihihihi. My Mr.Sonu,is nice. Ouch! Kahkah. Nasib tak nyanyi hindustan je kat situ. 
Selamat tak untuk diduduki?
Ya,banyak persoalan dan tanda tanya. Eh! TerNajwa Latip pula. Hahaha. Ya,bila masuk area tu,tetiba perasaan tu,betul ke tempat ni. Sebabnya tempatnya boleh dikategorikan sebagai flat kalau kat Malaysia ni. Tapi,bila dah masuk bilik,Alhamdulillah,memang selesa. Nak masuk memang ada code dia sendiri ya. And,CCTV memang active. Nak dijadikan cerita,one day tu Cekqa ambil air panas kat dapur dialah,tapikan dedua pendek,tak berapa nampak nak tekan heater tu,tetiba je orang yang jaga kaunter sampai. Dialognya;

Mr.Pakistani : Why? The water not coming?
Cekqa : Dah coming,dah coming. 

Kau ghase? Apa kekdahnya menjawab macam tu. Hahaha! Berdekah ketawa. Lepas tu dia pun datang tunjuk macam mana nak guna. Padahal,masalahnya butang tu lock dengan unlock je. Kahkah! 

So,kesimpulannya,buatlah pilihan yang bijak. Ya,memang a little bit pricey tapi kau kena consider juga,tanah dia kecik,mostly,hotel memang mahal kat sana. Kalau nak selesa,luas,mahal lagilah. Tapi, yang Cekqa stay ni pun dah memadai. Sebab apa? Percayalah,awal pagi korang dah keluar,malam baru balik. Itupun,dah penat,mandi-mandi,tidur. Hahaha!

Okey,lepas ni,Cekqa nak cerita part pergi Avenue of Star dengan Disneyland. Seronok takkkkk? Hahaha. Bebudak sangat. Pang kangg! 

Hong Kong Trip #Part 2 (Airport Hongkong)

Assalammualaikum
Selamat Sejahtera. 

Hye! Kembali bersiaran untuk part ke-2. Semalam konon nak sambung part 2,lastnya pukul 12 dah masuk tidur. Entah kenapa ngantuk gila semalam even tengok RunningMan pun macam takdok feel. Haha. Ini pun sambil fikir-fikir nak masak apa ya untuk orang kerja harini. Ingat macam nak buat sup soon dengan tauhu kering,pecahkan telur lepas tu buatkan sambal kicap sikit. Pheww,sedapnya! Tapi,awal-awal semalam Kak Miya dah whatapp nak ajak pergi Dapur Jendela kat Bazaar Karat,mengidam roti jala katanya. Jadi? Kita masak nasi goreng jelah,goreng ayam crispy. Okey jugakkan. 

Back to the topic,untuk part 2 ni Cekqa nak flight yang dari KL-HK, and apa yang kena buat after sampai kat HK. Okey,jom!

Flight dari mana? Naik apa? Berapa jam penerbangan? Besar tak airport HongKong?
Untuk ke HongKong,Cekqa and siblings naik AirAsia dengan hashtag #togetherwestand dari KLiA2. Untuk harga ticket flight,Cekqa tak settlekan. Kakak yang settlekan. So,tak tahu budget tu berapa. Lagipun,harga tiket nikan berubah-ubahkan? So,rajin-rajinlah check kat AirAsia. Kalau nak naik MAS pun okey juga. Flight Cekqa pukul 8.45am,so untuk international flight baggage drop and check in kena buat 3 hours before. Lagi cepat settle,lagi cepat kita nak tuju gate. Bukan apa,KLiA punya gate,Ya Ampun,jauhnya. Hahaha! 



Alhamdulillah,flight around 3 hours 50 minutes. Before flight,hujan ya kat luar tu. Makanya,syaiton nirrajim pun memainkan peranannya,sampai fikir bukan-bukan. Aduh! Tapi,bila masuk je dalam flight,Alhamdulillah! Hujan dah stop and keadaan cerah seperti biasa. Sepanjang flight tu Cekqa tak tidur pun,kejap-kejap buka tingkap tengok awan. SubhanaAllah,cantik sangat. Dah tengok tutup balik. Bila pilot pusing,cornerkan flight buka lagi,sebab suka tengok wing dia turun naik. Hahaha! Bebudak sangat. 


Dan.Alhamdulillah! Flight sampai around 12.30pm. Airport HongKong ni kat tengah-tengah pulau ya. Memang akan rasa,flight kita seakan jalan kat air,tetiba je dah landing. Kihkihkih! Dan,airport Hongkong adalah besar ya anak-anak. 




Sampai airport nak buat apa? Apa yang dia minta masa kat kastam? Lepas kastam nak tuju mana? 

Sesudah turun dari flight,Cekqa naik shuttle bus untuk ke terminal satu. Dan,kat situlah peperiksaan kastam akan dilakukan.

Kastam Hongkong 
-- sediakan passport dan 'arrival form' sahaja. Lain,tak payah nak keluarkan. After dia check,dia akan bagi salinan arrival form satu kat kita and bagi permit. Simpan bebaik ya dedua ni. Kalau boleh, jangan keluar-keluarkan dari passport. Simpan terus. Nak balik baru pegang balik passport.  

Bila dah lepas semua,dah boleh buat pemeriksaan badan semua lepas tu bolehlah pick up bag segala. And,once dah lepas semua,Alhamdulillah tak ada yang sangkut atau apa. Jangan risau,korang follow je signboard,InsyaAllah taklah sesat kebarat. Satu je pesanan,kat tempat orang,jangan berlagak pandai. Apa yang kita baca,dan apa yang kita akan lalui adalah berbeda ya. Jadi,sama-sama bantu. Amboi,pesanan penaja sangat tau. 

OCTOPUS CARD 

-- Untuk menaiki pengakutan awam kat Hongkong,kita memerlukan Octupus Card,function dia sama je macam Touch N Go. Kalau tak ada,masa naik bus kena sediakan duit kecil ya. Duit sana besar-besar. Pernah kau pergi 7Eleven,beli air mineral HKD21 bayar guna HKD1000. Hongkong je tabah,kat Malaysia,elak kena maki. 

  • Kat mana boleh beli?
--After lepas segala kastam,kita akan sampai kat Arrival Hall Hongkong International Airport which is kat Level 5. So,pergi cari kaunter Airport Express and boleh beli kat situ. Kalau tak jumpa,tanya je mana-mana officer "Where can I get Octupus Card". Haa,gittuww. 

  • Harga :
---HKD 150 untuk dewasa dan HKD untuk kanak-kanak. HKD50 dicaj sebagai deposit dan balance card HKD100. Kalau pergi 3 orang,tiga-tiga kena ada octopus card. Kalau nilai baki dalam dah berkurang,boleh topap kat mana-mana 7Eleven atau pun pergi je mana-mana counter information MTR. Okey,masa balik nanti balik nanti boleh pulangkan Octopus Card kat MTR Counter Information kat Airport. Cekqa haritu turun kat terminal 2,so keluar je dah jumpa kaunter tu. Masa pulang tu,kita akan dapat baki yang ada dalam card+deposit kita. Masa tu,Cekqa spend HKD300 untuk card and baki HKD111. 



TRAVELLER SIMCARD 


---Lepas dah beli octupus card bolehlah proceed beli travellers simcard okey. Ianya sangat diperlukan ya,especially untuk contact family ke nak semakkan pandangan igline kawan-kawankan. Hahaha! Simcard ni beroperasi selama 10 hari,boleh call and akan ada data internet. Harga? Cekqa tak berapa pasti,sebab masa tu tukang jaga beg. Tapi,lain phone lain harga okey? Iphone mahal sikitlah katanya. Dont worry,pekerja sana akan bantu install that things. Kita tinggal pakai lepas tu ping ping whatapp. Beli satu sim cukup dah,lepas tu boleh tettharing kan. Lagipun,kat hotel mestilah ada wifi. 
  • Kat mana boleh beli? 
---Kat Level 5 tu juga. Cari 7Eleven lepas tu toleh kanan akan jumpa kedai 1010. Ataupun tanya juga mana-mana officer "Where can I get traveller simcard". Signboard kedai tu,warna kuning ya. 


ATTRACTION TICKET

Untuk ticket attraction such as Disneyland,The Peak Tram and Madame Tussaud's Cekqa beli kat Airport sahaja. Kenapa? Sebab,lagi murah,lepas tu nanti tak payah beratur pepanjang,tinggal masuk je sebab ticket memang dah ada kat tangan. Masa kat airport tu,jenjalan punya jalan,terjumpa kiosk so survey lah,sekali bincang,beli jelah terus. Untuk Disneyland harga asal HKD499 dapat HKD450, Untuk Peak Tram + Madame Tussaud's dapat HKD230. Untuk Cable Car Ngong Ping 360,Cekqa beli direct kat kaunter cable car,tapi awal pagi dah kena datang ya. Kalau lambat,alamatnya beraturlah pepanjang. Oh ya,nama kiosk tu Cekqa lupa apa nama,tapi depannya ada perkataan China,lebih kuranglah. Hihihihi. Pesanan penaja,jangan kecil hati kalau layanan diorang macam nak tak nak,perangai memang macam tu and lagi satu bahasa pengantaraan pula English right? Diorang terkial-kial,kita pun sama,so give and take and smile. Kitakan tinggi dengan budi bahasa. Tapi,dont worry,officer dia nice. 

Lepas dah settle tiga benda ni,korang nak reround ke apa ke,terpulang. Tapi Cekqa and group terus amik bus menuju ke hotel dengan menaiki bus. Okey,later kita cerita macam mana nak ke hotel pilihan,hotel apa Cekqa stay ad how much and apa kemudahan yang disediakan next entry. Cekqa nak memasak. Lapar's. Hahaha. Seperti biasa,segala penambahbaikkan,comment atau pun segala perkongsian amatlah dialu-alukan. 

See ya!