Assalammualaikum and Hye! Good Evening.
Apa khabar? Harap sihat hendakNya. Aduyai! Kesian sangat dengan blog ni, berhabuk berlapuk sudah. Ini kalau betulnya, dah bersawang dah ni. Hiks! Apakan daya, kudrat tak ada. Padahal, malas nak update. Pffft!
Today, nak buat review sikit pasal Hotel Pullman Bangsar. Ewah! Cekqa kesana atas urusan kerja ya, bukan suka-suka. Tidaklah hendak membazirkan duit ke atas hotel tu kalau tak ada urusan. Well, plus I dont like jammed kat KL tu. Tapi, suka ke tak suka, bukan Cekqa pun yang drive,enciksuami yang drive. Hahaha!
6hb March, Cekqa flight dari Senai, dalam pukul 12.30pm. Bila dah ready nak flight tu, dalam hati dah terdetik dah;"Nanti, dalam flight aku nak tidur, tak nak fikir pasal competition, taknak fikir pasal slide yang tak siap-siap tu". But, endingnya tak seperti yang diharapkan. Terima kasih kepada Encik. Anonymous yang duduk seat sebelah duk tanya itu ini, terima kasih buat saya brainstroming balik pasal research I tu. Nak dijadikan cerita, dalam flight still dapat hot seat. Rezekilah tu namanya,padahal tak pilih pun nak seat mana. Okey,setibanya di KLiA2, enciksuami dah tunggu. Pungpangpungpang semua dalam pukul tiga petang juga checkin hotel.
First impression;"Awat mewah sangat hotel ni?!". Segan nak masuk, sebab I ni dahlah macam budak tak cukup umur, kemain booking atas sebab business matter. Eh! Memang pun, bukan suka-suka. Bila dah check-in dapat floor 25th. Blurpp! Paling tinggi 27,dapat 25. Bestnya!
Bila masuk bilik yang terlintas;"B,betul ke ni bilik kita?". Sebab apa Cekqa tanya, kenapa besar sangat oi! Dua orang je pun. Kawasan bilik yang berkatil pintu lain, yang ruang tamu siap bar buat coffee, sofa, meja makan, area lain. Hwahwahwa! Kenapa cantik sangat ni. Hahaha! Actually, taklah jakun, tapi seriuslah, betul ke Cekqa booking bilik ni? Untuk booking hotel,selalunya Cekqa guna booking.com.
Reround bilik godeh itu-ini, okeylah berbaloi dengan harga yang Cekqa dapat,RM3++. Bilik air dia memang awesome sebab see-through. Hahaha! Tapi, jangan risau ya. Ada bidai yang boleh diturunkan, dan of course kita kasi bidai itu turun. Haha. Bath tub dia pun bestnya! Naik kecut-kecut jari berendam. Brr.
Katil dia tak payah cakaplah, nampakkan kecik je? Tapi, satu katil tu muat untuk dua orang okey, ada space lagi, actually. Bantal dia empuk Ya-Rabb, pakkal je Cekqa dah kena bangun pepagi, berat je nak bangun dari bantal tu. Bantal pula boleh pilih nak bau apa, bau lavender ke, ginko ke, lemon grass ke apa. Power sangat tu boleh pilih bantal. Hiks! Ini adalah kerana, Pullman Bangsar mementingkan keselesaan anda. Ngerti?
Ini adalah ruang tamunya. Bar buat coffee tu, full package. Kau nak coffee ke tea peppermint ke earl grey ke apa ntah lagi,complete! Kau nak acah-acah brew espresso,boleh. Silakanlah ea? Buka fridge, akan diberi lima air tin, satu botol jus. Hwahwahwa! Jakun. Actually,dalam bilik ada TV, kat ruang tamu ni pun ada TV lagi. Agak-agak kalau ko nak tengok cerita lain, tapi suami nak tengok bola, silalah pilih TV sorang satu ea.
Disebabkan Cekqa duduk level 25,makanya segala apa yang ada memang clear nampak. Jammed ke tak jammed pun boleh nampak, and lucky! Sebab, matahari masuk tidur that area. SubhanaAllah, cantik. Dah lakibini terpegun kat tepi tingkap tu. Oh ya, for those yang rasa-rasa tetiba nak bergym ke beryoga dalam bilik,silakanlah sebab equipment semua tu memang ada. Ironboard and iron memang dah tersedia. Hairdryer, scale weight and semua sabun, memang complete. Wangi pula tu.
Overall,bagi Cekqa bago 10/10 untuk Pullman Bangsar, fasiliti and layanan cukuplah memuaskan. No wonderlah kenapa ramai yang recommend untuk stay kat sini. Lelagi kalau ada business meeting or corporate things, highly recommend. Ballroom dia awesome!
Kesimpulannya, Pullman Bangsar,awesome. Terima kasih kerana menyenangkan dan menberi keselesaan kepada pelanggan anda.
Ini adalah lakibini yang dah lapar amat,baju pun malas nak gosok, sebab nanti bertambah-tambah laparnya. Hahahaha! Hye Murni Discovery, mu tunggu aku datang. Erghh, stress sebab Spaghetti Arabiata with Salmon dia sodappp sangat eh. Hiks.
![]() |
Spaghetti Arabiata with Salmon, RM22 at Murni Discovery,USJ,Kuala Lumpur. |
No comments:
Post a Comment